6 Jul 2014

Zikir Selepas Witir

Nota : copy paste dari FB Ustaz Dr Abd Basit

Sunnah Zikir Selepas Witir

Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun, dan al-Ikhlas. Apabila selepas memberi salam, baginda membaca "Subhanal Malikil Quddus (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam meninggikan suaranya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1740]

Baginda juga akan memanjangkan bacaan itu pada lafaz kali yang ketiga sebagaimana dalam riwayat ini
Baginda memanjangkan suaranya pada lafaz kali ketiga dan menguatkannya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1743]