6 Jul 2014

10 kesan berkat bulan ramadhan

Assalamualaikum semua

Catatan ini hasil daripada utube ustaz Dr. Abd. Basit  10 kesan berkat bulan ramadhan

Berkat bermakna : subur, banyak, banyak kebaikkan
Berkat ada banyak kategori, berkat masa (bulan ramadan) , berkat tempat (mekah, madinan), berkat benda (air zam zam) dan macam-macam berkat lagi (akan di ulas kemudian)

10 berkatNya Ramadhan
1. Puasa: Ibadat puasa itu sendiri dan perkara yang berkait dengan puasa
 Waktu berbuka : Semua ummat islam akan berbuka pada waktu yang sama iaitu masuk sahaja magrib.
2. Ibadat solat : Masjid menjadi makmur , ramai datang ke masjid di bulan ramadan
3. Sedekah : Ramai yang mengeluarkan infak di bulan ramadan
4. Umrah : Umrah dibulan ramadan pahala seperti haji
5. Doa : Antara doa yang mustajab, adalah doa orang yang berpuasa (ambil masa 10minit sebelum berbuka untuk berdoa)
6. Baca quran : Ramai yang membaca alquran di bulan ramadan.
7. Puasa sebagai benteng daripada melakukan perkara mungkar : puasa mendidik akhlak.
8. Pemurah : Bulan ramadan menjadikan manusia menjadi pemurah (beri makanan kepada orang-orang yang berpuasa)
9.Bulan yang menyelamatkan daripada api neraka : Allah swt mempunyai senarai setiap malam orang-orang yang dimerdekakan dari api neraka
10. Allah membelenggu syaitan-syaitan

Untuk lebih memahami, sahabat-sahabat boleh menelaah utube ustaz tersebut.