5 Jul 2014

Lelaki Tua Berkain Pelikat 8

Nota : copy paste dr FB Dato Roslan Ab Hamid 

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI LAPAN.

Lama dia teresak. Saya diam. saya mula faham hati Lelaki Tua berusia 70an. Mudah tersentuh. Rapuh. 

Dia mengesat air mata dan berkata, Pak Cik takut pada kematian. Pak Cik belum sampai pada tahap rindu untuk menemui Pencipta. Pak Cik masih jauh. Kurang bekalan untuk hari penantian yang panjang. Bagaimana nasib Pak Cik pada hari pengadilan.

# 36. Sementara masih ada usia, jadikan hari hari dalam kehidupan ini untuk menyeru pada kebenaran. Usahalah untuk cegah kemungkaran. Pada saat ini dia baca surah Ali Imran ayat 104 (Nota: Saya balik buat semakan terjemahan: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka orang orang beruntung."

#37. Perkara pertama dihisab dihari kiamat adalah solat. Tinggalkan segala urusan apabila sampai waktu solat. Sebab itu Pak Cik cuba sedaya upaya, dekatkan rumah dengan masjid. Pak Cik tahu Rasulullah SAW kata, lebih afdal jauh dari masjid. Berjalan kaki ke masjid itu banyak pahalanya.

Namun, Pak Cik rasa tak mampu. Apabila tak mampu jadi tak buat. Baik Pak Cik beli rumah dekat dengan masjid. Berjemaah. Banyakkan berzikir. Ingat Allah SWT. Baca Al Quran. Bertaubat. Malaikat maut datang jengok kita 70 kali sehari. Kita tidak tahu bila masa dia mahu ambil nyawa kita.

# 38. Untuk berjaya, kena banyak bertanya. Itu kunci dapatkan ilmu. Anak, ingat manusia capai penghormatan dan kemuliaan di dunia dengan banyak cara. Dia tunjuk ke arah satu tempat. Di hujung sana rumah Allahyarham Tan Sri xxxxxxx. Dia capai kemuliaan dengan pangkat dan kebesaran. Dia orang baik masa hayatnya.

Ada manusia mulia dan dikenang kebaikan dan kemurahan hati. Ada manusia mulia lantaran keturunannya. Namun, manusia paling mulia adalah manusia berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Ada hadis sebut, "Sesiapa sahaja yang merintis jalan menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga" (Nota: saya semak hadis ini diriwayatkan oleh Muslim)

#39. Dalam hidup ini, usah mengaku kalah. Sewaktu Pak Cik mula niaga dahulu akhir 60an , orang kata macam macam. Masa tu tidak ramai Melayu berniaga. Semua yang bisnes adalah Topek (Bahasa Kelantan untuk Cina). Apabila Pak Cik balik lewat malam, mereka gelar Pak Cik Topek.

Kesusahan itu proses kehidupan. Pada setiap kesusahan akan datang kemudahan. Usah kita persulitkan. Apabila Pak Cik datang jemaah suboh, ada yang sindir. Awal Topek bangun. Pak Cik senyum. Masa itu rumah Pak Cik kecil. Pak Cik azam dan nekad mahu rumah besar. Rumah tempat anak cucu dan keluarga berkumpul dalam suasana keagamaan. Alhamdulillah. Allah makbulkan apa yang diminta.

#40. "Anak" kata Lelaki Tua itu sambil peluk saya. Dia pegang pada jantunghati saya. Tidak masuk syurga orang yang d hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Jangan sombong, anak.

Dia pegang jubah saya. (Nota: Saya pakai jubah warna pink lembut). Lelaki Tua itu berkata, "Mahal Jubah anak ini. Beribukah harganya?. Kain ini mahal". Saya jadi tidak tentu arah. Saya jawab, "Tidak Pak Cik. Mungkin bagi orang kaya raya jubah ini harganya rm800. Saya diberikan dengan harga yang kurang dari separuh harga jualan. Saya berkawan dengan orang besar Jakel". saya benar benar rasa tidak tentu arah.

Pada detik ini Lelaki tua itu berkata, "Tidak mengapa. Ada wasiat Sayidina Ali, katanya, "Sesungguhnya sesorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusai".

"Teruskan. Anak ini jangok (nota; Bahasa Kelantan: Suka pakai smart).

Saya senyum, menenang diri. Jam 3 petang, Jumaat 4 Julai, 2014 kami berpisah apabila sama sama keluar masjid. Saya teringat pesan isteri supaya balik awal. hari ini mahu pulang ke rumah ayahnda mertua.FB Dato Roslan Ab Hamid