11 Jul 2014

Peta Jalan kehidupan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sehingga saat ini Allah masih pelihara saya serta sahabat-sahabat disini dalam keadaan sehat, bangun pagi masih bernafas, boleh bersama keluarga, boleh ketawa,boleh senyum, serta macam-macam nikmat Allah yang masih dirasai.

Allah dah sebut dalam surah ar-rahman sebanyak 31x (nikmat yang mana kamu dustakan?)

Secara peribadinya, saya mahu menyeru diri saya untuk mengikut PETA JALAN  yang dalam mencari keredhaan ALLAH swt iaitu PETUA 6 JAM.

Petua ini adalah 6jam tidur, 6jam bekerja, 6jam amal ibadat (aktiviti keilmuan) dan 6jam lagi bersama keluarga. Sebenarnya petua ini telah di praktikkan oleh seorang usahawan yang berjaya. Sila lihat posting
" Lelaki Tua Berkain Pelikat". Saya mahu meniruvasi jadualnya. InsyaALLAH.


PETA JALAN SAYA, insyaALLAH

* 6jam tidur : 10pm hingga 4am
* 6jam keagamaan : 4am-8am , 1pm-1.30pm, 4.30pm-5.00pm, 730pm-8.00pm, 830pm-900pm -aktivitinya, solat, baca quran, baca tafsir, dengar ceramah agama, menghadiri usrah dan sebagainya. (tahajud 2rakaat, witir 2rakaat, dhuha 2rakaat = wajibkan diri setiap hari, baca zikir pagi dan petang, baca alkahfi setiap hari (20ayat),
* 6jam bekerja : 9am-12.30pm, 2pm-4.30pm,
* 6jam keluarga : 5-10mlm

Formula 6 JAM tetapi mampukah?YA ALLAH permudahkanlah urusan ini, pada ketika ini saya mahu mendisiplinkan diri supaya mentaati masa. Ya ALLAH izinkan lah . Takdirkan ketentuan yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat disini.

Prinsip-prinsip untuk menjayakan peta jalan ini adalah
1. berdoa kepada ALLAH
2. jangan tidur selepas subuh ( hari minggu suka sangat tidur)
3. tidur sekejap sebelum zohor
4. cuba buat,cuba buat, cuba buat sehingga berjaya.

KPI yang ingin dicapai adalah

1. lebih memahami Al-quran/ islam daripada sebelum ini
2. lebih baik mutu ibadat
3. berjaya menghantar tesis pada bulan disember 2014
4. berjaya membuat sales 100 sehari

Saya mencabar diri saya untuk mempraktikkan FORMULA 6 JAM ini. Mohon sahabat-sahabat doa untuk saya menjadi lebih baik. InsyaALLAH.


Sama-sama kita doakan untuk GAZA.
Ya ALLAH lindungi kami semua daripada musuh-musuhMu. Ya ALLAH berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat. Amin..