21 Jul 2014

Lelaki Tua Berkain Pelikat 9

P/s:catatan copy paste dari FB Dato Roslan


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI 9.
Lepas tarawikh pada rakaat ke 16 saya bersandar di dinding. Kepenatan. Lelaki tua masih gagah meneruskan rukuk sujudnya. Tidak mahu ketinggalan, saya meneruskan hingga witir. Habis tarawikh lelaki tua berkain pelikat mengajak saya minum teh.
# 41. Kata pertama beliau sebaik sahaja menghirup teh panas, kita mudah tersilap semasa muda. Kita rasa sebaik tamat belajar, pekerjaan terbaik adalah jadi Profesional Muda. Sebetulnya kita tidak lebih dari Profesional Kota yang cuba melunjur di jalan deras mahu jadi kaya dan berjaya.
Setiap pagi sebaik masuk pejabat, kita bertanya apakah yang patut kita mulakan pagi ini. Kita bekerja dari jam 6 pagi sampai tujuh malam. Kita lupa ibu bapa. Kita tidak kerap hubungi mereka. Kita lupa kerja itu ibadah. Kita lambat solat. Anak pernah tengok drama "Pondok Buruk."
Saya jawab, "Ya. Semua anak saya menonton drama itu." Itu drama keluarga kami. Allahyarham Ismail Din, pelakon filem itu ada anak yang sekelas dengan anak saya. Dia mati di Makkah. Anak saya masa kecil menangis apabila tengok drama itu"
Lelaki Tua Berkain Pelikat berkata, "Bagus. Ibubapa adalah permulaan hidup kita. Sedekahkan Al Fatihah pada mereka sebagai permulaan cerita hari"
#42. Usah sibuk kalut kejar dunia. Dunia semakin dikejar semakin jauh dia dari kita. Dunia ini rumit apabila seluruh cinta kita berikan pada dunia. Dunia ini mudah apabila kita bersederhana.Kita bekerja keras untuk memiliki segala barangan kemahuan moden. Kita mahu perkara tidak perlu. Alangkah dungunya kita.
Kita tidak punya waktu untuk tekun perhati. Kita tidak punya masa berborak kasih dengan isteri. Kita biarkan anak anak besar sendiri. Malah kita tidak punya masa untuk diri sendiri. Kita tergolong orang tolol diri mabuk teknologi.
Ermmm. Pedas sungguh "cili padi" orang tua ini. Lebih pedas dari "cili bangi"
#43. Besederhana. Buang masa masa yang membingungkan. Ubah sedikit jadual. Adakan waktu untuk bersenang senang dan santai. Apabila anak lihat Pak Cik sedang baca Al Quran lepas asar itulah waktu santai bagi orang tua macam Pak Cik. Umur sudah 75 tahun, apa lagi yang mahu disantaikan selain menyiapkan diri untuk kembali ke kampong halaman.
#44. Apabila kita sederhana, kita rasa aman dan bahagia. Usah jelaskan pada orang ramai. Mereka tidak faham. Biarkan mereka. Perasaan tidak boleh dijelaskan dengan kata kata apatah lagi pada minda yang tertutup.
Pelajari dua perkara ini dahulu.
"Hidup sederhana boleh bermula dengan dua perkara. Pertama batasi desakan untuk berbelanja. Kita mudah terdorong oleh pesona iklan media massa. Lepaskan kegilaan jenama itu.
Kedua, batasi kecenderungan kita untuk mengatakan "ya". Pada hal duduk perkara sebenarnya kita mahu mengatakan tidak. Belajar beri masa kepada diri sendiri. Elakkan dari kerumitan menyanggupi perkara yang kita tidak mampu lakukan."
#45. Pegang lapan perkara ini.
1. Luangkan masa untuk membaca. Paling utama baca Al Quran.
Ia firah manusia. Satu satunya kitab yang boleh dihafal.
2. Lakukan muhasabah pada subuh hari. Banyakkan menangis.
Ia energi kesusahan diri. Dorongan kuat maju ke hadapan.
3. Lepaskan keterikatan pada harta benda. Lupakan pesona kemewahan.
4. Hentikan kebiasaan menghakimi orang. Tangguhkan dulu penilaian.
5. Solat pada awal waktu. Ia melapangkan masa untuk berbuat sesuatu.
6. Belajar menikmati masa bersendirian. Berzikir. Berfikir.
7. Bersedekah diawal pagi. Ia banyak menghindarkan kita dari mara bahaya.
8. Bekerja keras. Lama kelamaan kita boleh cerdas.
Soal ikhlas urusan Allah untuk tentukan.
Kami menghirup teh panas. Dan mula beransur pulang. Lelaki Tua Berkain Pelikat kembali iktikaf. Saya mula menapak pulang dengan ilmu kehidupan yang sarat.

20 Jul 2014

The World's smallest MHL & HDMI Handheld DLP Mini Portable Projector

Bismillah. Anda suka gajet?
Dapatkan LCD Terkecil daripada kami di Gajet Terkini

Pada tanggal 19julai2014, saya mula iklan LCD mini di FB.
Alhamdulillah beberapa minit selepas itu, ada yang mahu 50pcs.

Apa yang istimewa sangat LCD ini?
#LCD ini comel dan ringan (sekitar berat 126g sahaja)
#Boleh disambungkan kepada laptop, hp (samsung, apple dll)
# 10000 hours
#resolution VGA (640*480)
#light source adalah RGB LED (pengguna current yang minima)
#upto 35 ANSI lumens
#imej 90inchi (3m)
#In 2013, it received The Prestigeous German iF Product Design Award.
#"The World's smallest MHL & HDMI Handheld DLP Mini Portable Projector"

P/s: inilah gambarnya yang comel.

Mahu dapatkan LCD ini, hubungi kami ditalian 013-7204858 (maisarah)


16 Jul 2014

Boikot Barangan Israel?

Assalamualaikum semua

Semoga pagi ini kita sihat, bahagia , kaya dan tenang.
Kaya dengan jiwa yang tenang, jiwa hamba yang daif mengadap ALLAH swt penuh kekesalan atas dosa semalam.

Saya tidak tahu isu boikot ni hanya sekadar cakap-cakap atau buat?
Bagi saya, saya cuba boikot mana yang mampu? Anda cuba dulu baru anda tahu.

Alhamdulillah saya rasa dah hampir 2thn, saya boikot mcd. Ini produk pertama saya buat. Alhamdulillah konsisten sampai sekarang. Walaupun tak banyak, tapi itu la istiqamah yang saya lakukan untuk agama.

Kali ini, saya cuba untuk boikot Milo pula. Baru bermula beberapa hari, banyak lagi minuman lain yang suci lagi halal. Mohon Allah memberi kekuatan.

Wahai sahabat-sahabat, cubalah buat apa yang anda mampu. Cuba cari alternatif dan barangan keluaran muslim. Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk cuba memperbaiki apa yang dialalui. Maklum sahajalah, sejak kecil telah sebati dengan MILO. Dah hampir 30thn dengan milo, masyaALLAH, dah berapa banyak sumbangan.

Terima Kasih ALLAH diatas rahmatMU, kini diberi kesedaran dan keupayaan untuk melalukanNya.
Mohon doa semua untuk ummat islam seluruh dunia.

Ya ALLAH,
Ampunlah dosa-dosa kami dari kecil,
Dosa ibu bapa kami,
Dosa adik-beradik kami,
Dosa ahli keluarga kami,
Dosa jiran-jiran kami,
Dosa guru-guru kami,
Dosa kaum muslimin dan muslimat,

Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa yang kami sedari atau yang tidak kami sedari atau yang hanya engkau sahaja mengetahui.

Ya ALLAH berikanlah keampuanan kepada kami diatas kezaliman yang telah kami lakukan,
Ya ALLAH maafkan kami diatas kesilapan kami,
Ya ALLAH maafkan kami, kami tidur lena sedangkan ada saudara kami sedang ketakutan menghadi ancaman musuh
Ya ALLAH maafkan kami, kami tidur lena sedangkan ada saudara kami lapar dan tiada makanana

Ya ALLAH maafkan kami, kami tidur lena sedangkan ada saudara kami yang dalam kesusahan

Ya ALLAH maafkan kami, kami lalai, kami leka, kami sibukkan diri kami dengan dunia ini.
Kami LUPA suatu masa kami akan kembali kepadaMU..

Ya ALLAH maafkan kami,
Selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat.Amin..


12 Jul 2014

Diari 13ramadan1435

Assalamualaikum

Maafkan saya, hanya perkongkian dari membaca tafsir alquran.
Untuk ulasan lanjut, mohon bertanyakan pada ustaz /ustazah yang bertauliah.

Catatan ini adalah untuk ingatan diri saya sendiri dan hanya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat disini.InsyaALLAH....


Catatan dari surah albaqarah

1. Apabila ditimpa musibah, maka ucapkanlah " Innalilahi wa inna ilaihi ajiun"
    ayat 156 : (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : Innalilahi wa inna ilaihi ajiun"
    erti : "sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepadanya kami kembali"

kalimah ini dinamakan kalimah istirja' (pernyataan kembali kepada ALLAH). Disunatkan  menyebutnya apabila ditimpa musibah, baik kecil atau besar.


2. Allah menyuruh kita solat dan sabar  dimana;

ayat 45: Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya  yang demikian itu sungguh berat kecuali orang  yang khusuk.

ayat 153: Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH berserta orang yang sabar.


Hadith keutamaan surah albaqarah

1. Al-baghawi meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abbas r.a., sebagaimana yang ada dalam Ash-shahih, bahawa ALbaqarah dan Ali Imran akan datang pada hari khiamat layaknya dua buah awan, dan dua pasang burung berbulu lebat. Diantaranya juga dalam Ash-shahih, tentang kisah alquran, bahawa ia akan datang kepada pemiliknya dalam rupa seorang pemuda yang berwajah pucat. lalu dikatakan kepadanya, "siapakah engkau?" Ia menjawab, "Aku adalah al-quran yang telah menjadikan malammu tiada  terpejam dan siangmu dalam kehausan."

2.Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian laksan kuburan-kuburan. Sungguh syaitan akan lari menjauhi rumah yang dibacakan didalamnya surah Al-baqarah" (HR Muslim)


hanya catatan hasil pembacaan tafsir, benar banyak perkara yg ALLAH sebutkan dalam surah ini. sahabat semua boleh rujuk quran tafsir masing-masing...







Jualan Amal untuk GAZA

Bismillah, Alhamdulillah,

saya buka jualan amal untuk GAZA.

produk : tudung solat (harga rm39 postage rm6)

Keuntungan akan disalurkan ke GAZA. InsyaALLAH

p/s :inilah tudungnya (hanya ada satu warna hitam : hitam lace merah seperti gambar, hitam lace kelabu dan hitam lace hitam)

yang berminat boleh dapatkan dari page Tudung solat untuk GAZA



Jazakallahukhairan kasiran kerana membantu jualan amal ini.
Terima kasih ALLAH. 


Rezeki Melalui Hp

Assalamualaikum dan selamat sejhtera semua.

Saya ingin memperkenalkan kepada saudara semua satu starter pack prepaid fon mudah alih. Line TUNETALK dan simkad TONEEXCEL.
Ia sama mcm simkad anda sekarang, tetapi ia ada banyak keistimewaan lain.
Boleh call/SMS/internet. 
Rate panggilan 28sen kesemua talian. Sms 10sen.
Line mmg elok. Dimana ada celcom, tunetalk boleh.
Beli topup tunetalk RM30, dpt kredit RM40. Beli topup RM50, dpt kredit RM70.
Ada cabutan bertuah harian/bulanan/tahunan.
Beli topup dapat kumpul point yang boleh di tukar dengan tiket penerbangan dan telefon bimbit.
Peluang pergi umrah percuma.
Ada insuran kemalangan.
dan mcm2 lagi insentif dari masa kesemasa.
Memang menjimatkan.
Anda boleh pilih untuk jadi pengguna sahaja, atau jadi pengguna dan buat duit sekali.
Untuk buat duit,
anda hanya promosikan starter pack ini. Jika mereka beli dan guna, anda di bayar RM20 dan setiap kali mereka beli topup tunetalk di kedai, anda di bayar komisen sehingga 13% nilai topup mereka yang akan di bankin setiap 21 haribulan.
Saudara2 boleh hubungi saya untuk mengetahui cara untuk mendapat lebih banyak duit.
Layari page saya Rezeki Melalui Hp atau sms/wassap: 013 7204858
Akhir sekali, cuba fikir sejenak. Apa yg saudara perolehi selama bertahun2 menggunakan prepaid anda sekarang ?


P/s : itulah simkadnya. saya hanya pengguna sahaja sebelum ni (Top up rm50, dapat extra rm20, jimattt)


Cerita Tikus

Tazkirah pagi
copy paste : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

6 hours ago
Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...
Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.
“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Senyum.


sponsor by TQ ALLAH swt

11 Jul 2014

GAZA

Derma untuk Gaza!

Assalamualaikum, disini saya sertakan perkongsian dan sumber yang diperoleh daripada pengerusi Nordmilah Trader  iaitu Tuan Hj Wan Hilmi.
#doauntukgaza
#qunutnazilah
#gazaunderattack

https://m.youtube.com/watch?v=5zQIFCKJlXg#
Gendang perang di Gaza telah dipalu!

Sebelum Ramadhan saya merancang untuk pulang ke Malaysia berkumpul bersama adik-beradik yang pulang bercuti dari segenap alam.

Perancangan disusun, pertemuan diatur, tetapi beberapa kesulitan membantutkan pelan awal tersebut.

Saya tidak memadam hasrat tersebut, masih mengharap. Tetapi Israel memukul gendang perang. Mereka tidak akan membiarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan aman. Mereka tidak akan membiarkan hari-hari berlalu tanpa korban. Peluang saya pulang semakin tipis.

Sepanjang malam semalam sehingga saat ini (11.40am waktu Gaza) sekitar 120 roket dilepaskan Israel ke bumi Gaza, dan pejuang Palestin membalas, sekitar 20 kecederaan dilaporkan.

Adakah saya akan meninggalkan saudara-saudara di sini berdepan dengan Israel sendirian? TIDAK! Rakyat Malaysia, sentiasa memerlukan renjatan untuk bergerak. Nah, sudah cukupkah sebab untuk bertindak?

Sumbang segera, untuk makan pakai, dan keperluan mereka, melalui akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Perang Bermula', makluman/pertanyaan melalui emel nurilhakim87@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.

Nadir Al-Nuri,
Shijaiyyah, Gaza.
(From Gaza With Love)

p/s : 'Trail' roket yang kelihatan dari kediaman saya.

Sdra Nadir adalah anak kepada Prof Dr Kamaruzaman Yusof.
Sdra Nadir skrg sedang belajar di universiti di Palestin
Akaun ni mmg betul. Ana dah sahkan dgn nadir sendiri...

Peta Jalan kehidupan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sehingga saat ini Allah masih pelihara saya serta sahabat-sahabat disini dalam keadaan sehat, bangun pagi masih bernafas, boleh bersama keluarga, boleh ketawa,boleh senyum, serta macam-macam nikmat Allah yang masih dirasai.

Allah dah sebut dalam surah ar-rahman sebanyak 31x (nikmat yang mana kamu dustakan?)

Secara peribadinya, saya mahu menyeru diri saya untuk mengikut PETA JALAN  yang dalam mencari keredhaan ALLAH swt iaitu PETUA 6 JAM.

Petua ini adalah 6jam tidur, 6jam bekerja, 6jam amal ibadat (aktiviti keilmuan) dan 6jam lagi bersama keluarga. Sebenarnya petua ini telah di praktikkan oleh seorang usahawan yang berjaya. Sila lihat posting
" Lelaki Tua Berkain Pelikat". Saya mahu meniruvasi jadualnya. InsyaALLAH.


PETA JALAN SAYA, insyaALLAH

* 6jam tidur : 10pm hingga 4am
* 6jam keagamaan : 4am-8am , 1pm-1.30pm, 4.30pm-5.00pm, 730pm-8.00pm, 830pm-900pm -aktivitinya, solat, baca quran, baca tafsir, dengar ceramah agama, menghadiri usrah dan sebagainya. (tahajud 2rakaat, witir 2rakaat, dhuha 2rakaat = wajibkan diri setiap hari, baca zikir pagi dan petang, baca alkahfi setiap hari (20ayat),
* 6jam bekerja : 9am-12.30pm, 2pm-4.30pm,
* 6jam keluarga : 5-10mlm

Formula 6 JAM tetapi mampukah?YA ALLAH permudahkanlah urusan ini, pada ketika ini saya mahu mendisiplinkan diri supaya mentaati masa. Ya ALLAH izinkan lah . Takdirkan ketentuan yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat disini.

Prinsip-prinsip untuk menjayakan peta jalan ini adalah
1. berdoa kepada ALLAH
2. jangan tidur selepas subuh ( hari minggu suka sangat tidur)
3. tidur sekejap sebelum zohor
4. cuba buat,cuba buat, cuba buat sehingga berjaya.

KPI yang ingin dicapai adalah

1. lebih memahami Al-quran/ islam daripada sebelum ini
2. lebih baik mutu ibadat
3. berjaya menghantar tesis pada bulan disember 2014
4. berjaya membuat sales 100 sehari

Saya mencabar diri saya untuk mempraktikkan FORMULA 6 JAM ini. Mohon sahabat-sahabat doa untuk saya menjadi lebih baik. InsyaALLAH.


Sama-sama kita doakan untuk GAZA.
Ya ALLAH lindungi kami semua daripada musuh-musuhMu. Ya ALLAH berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat. Amin..









8 Jul 2014

Nordmilah Cookies 1Malaysia

Assalamualaikum.

Di sini, saya lampirkan agen-agen dan stokis di seluruh malaysia.

Boleh order segera (tarikh akhir pesanan/order 13julai 2014)







Berebut stok kuih raya?

Assalamualaikum semua,
10 ramadahan yang indah.

Perjalanan Projek Raya 2014 semakin meriah......tak caya?
Jom kita review BERITA DARI HQ Nordmilah Cookies

Perkongsian kisah benar.
Alhamdulillah... Hari ini huru hara dengan order masuk bertalu-talu. Walaupun 13/7/2014 adalah tarikh tutup order. Pihak kami mohon untuk tuan/puan yang dikasihi semua untuk buat tempahan awal serta log order sekali dengan payment agar anda tidak kecewa stok tiada. Stok agak terhad. Jadi, kami dahulukan mana yang buat pembayaran dulu.

Log order maksudnya pembayaran yang diterima di HQ. kalau anda melalui stokis, stokis yang perlu bayar kepada kami untuk log order tersebut. Pembayaran tersebut adalah merangkumi biskut premium dan kekacang premium kita. 

Confirmed order hari ini sahaja, 
1)Order dari kelantan 8 carton. 2)Order dari pahang, Pn Shamsulruhani 1 carton. 
3)Order dari Pn Azlina Terengganu 2 carton.
4)Order dari Tn Fadhil Terengganu 5 carton.
5)Akmaliah salleh kuala kangsar 1 carton.
Pn suriyati dr Bandar Baru 6)Salak Tinggi 1 carton.
7)Cik Sabina Aziz dr Bandar Baru Bangi 1 carton.

Itu tak termasuk yang sedang menunggu cikgu Norelle agent grik, pn Liza agent klang, dan lain2 lagi yang saya belum senaraikan.

Untuk order seluruh Malaysia. 

Kelantan : Wan Zuraida Wan Ismail : 019-995 4461
Johor : Amir EtCetera Karim 013-219 9103 dan Chah Maisarah 013-720 4858
Melaka : Wan Normala 019-211 2778
Utara: Razif Stuff 016-424 8251/ 018 257 8888 atau Omar Eddie 013-387 7835.

Sabah: Ampuan Awang 013-896 4008
Sarawak: Amy Yusoff 014-5820 805.



6 Jul 2014

Mahu Balik Kampung


Assalamualikum semua...

Hampir 13tahun merantau, rasanya hati ini teringin pulang ke kampung menemani ayahda yang dipenghujung usia.

InsyaALLAH, hajat dihati selepas habis belajar, mahu posting di Kelantan.
Saya mohon sahabat-sahabat doa yer semoga saya dapat bertukar ke kelantan setelah tamat pengajian nanti.
Doakan juga saya habiskan pengajian ini segera yang mungkin dengan cemerlang.InsyaALLAH

Dalam waktu yang sama, saya juga mendapat tawaran ke Jepun untuk peluang study ( nampakya hati lebih kuat mahu balik berbakti dinegeri tumpah darahku dan impian utama masa kini menghabiskan masa dengan ayah yang sudah penghujung usia)

Terbayang wajah ayah, dah lama beliau mengharap ada anaknya yang balik bekerja disana.
Masa sudah tidak panjang lagi, mungkin sempat lama mungkin tidak, wahai ALLAH yang maha pengasih dan penyanyang,sempatkan anak ini menjaga ayahnya diusia emasnya. Amin


ini lah ayah; masa saya berkahwin.





Zikir Selepas Witir

Nota : copy paste dari FB Ustaz Dr Abd Basit

Sunnah Zikir Selepas Witir

Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun, dan al-Ikhlas. Apabila selepas memberi salam, baginda membaca "Subhanal Malikil Quddus (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam meninggikan suaranya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1740]

Baginda juga akan memanjangkan bacaan itu pada lafaz kali yang ketiga sebagaimana dalam riwayat ini
Baginda memanjangkan suaranya pada lafaz kali ketiga dan menguatkannya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1743]

10 kesan berkat bulan ramadhan

Assalamualaikum semua

Catatan ini hasil daripada utube ustaz Dr. Abd. Basit  10 kesan berkat bulan ramadhan

Berkat bermakna : subur, banyak, banyak kebaikkan
Berkat ada banyak kategori, berkat masa (bulan ramadan) , berkat tempat (mekah, madinan), berkat benda (air zam zam) dan macam-macam berkat lagi (akan di ulas kemudian)

10 berkatNya Ramadhan
1. Puasa: Ibadat puasa itu sendiri dan perkara yang berkait dengan puasa
 Waktu berbuka : Semua ummat islam akan berbuka pada waktu yang sama iaitu masuk sahaja magrib.
2. Ibadat solat : Masjid menjadi makmur , ramai datang ke masjid di bulan ramadan
3. Sedekah : Ramai yang mengeluarkan infak di bulan ramadan
4. Umrah : Umrah dibulan ramadan pahala seperti haji
5. Doa : Antara doa yang mustajab, adalah doa orang yang berpuasa (ambil masa 10minit sebelum berbuka untuk berdoa)
6. Baca quran : Ramai yang membaca alquran di bulan ramadan.
7. Puasa sebagai benteng daripada melakukan perkara mungkar : puasa mendidik akhlak.
8. Pemurah : Bulan ramadan menjadikan manusia menjadi pemurah (beri makanan kepada orang-orang yang berpuasa)
9.Bulan yang menyelamatkan daripada api neraka : Allah swt mempunyai senarai setiap malam orang-orang yang dimerdekakan dari api neraka
10. Allah membelenggu syaitan-syaitan

Untuk lebih memahami, sahabat-sahabat boleh menelaah utube ustaz tersebut.


Selamat Hari Lahir kakakku

Assalamualaikum....

6 julai 2014 bersamaan 8 ramadan 1435.
Ya ALLAH pada saat ini banyak lagi kerja-kerja study masih ditahap kurang memuaskan.

Ya ALLAH permudahkanlah ya ALLAH, yang tersurat dan tersirat hanya engkau sahaja yang mengetahui dilubuk hati ini.

Bila kesedihan, usia dewasa sudah terbalik menjadi usia seperti anak yang kecil semula, ternyata rindu sekali pada seorang insan yang bergelar ibu (arwah).

Selamat hari lahir kepada kakakku semoga kehidupan menjadi lebih baik dari segi rohani dan jasmaninya.
Kita semua mahu pengakhiran yang terbaik didunia dan di akhirat.


Ya ALLAH jadikan keluarga kami, keluarga yg beiman, soleh, solehah, dan mengamalkan Islam sepenuh hati.Redhai keluarga kami, rahmati kehidupan kami. Jauhi kami dari azab api nerakaMu, matikan kan kami dalam kami berada dikemuncak imam paling tinggi hanya kerana agamaMU...Rahmatilah kami ketika kami di padang mahsyar, ketika kami melalui titian siratalmustagim dan ketika kami dihisab amalan kami..

Kami mohon keampunan dari dosa kezaliman kami yang kami sedari atau yang kami tidak sedari yang hanya engkau yang mengetahui..Kami mohon keampunanMu ya ALLAH, hati kami masih belum benar-benar mencintaiMU.Takdirkan ketetapan terbaik buat kami semua, Amin

Allahumma inna nasaluka salamatan findin
Wa'fiayan filjasad,
Waziadatan Fil'ilm
Wabarokatan firrizk
Wataubatan qoblal maut
Warahmatan indal mauut
Wamagfiratan ba'dal maut
Allahumma hawwin 'alaina fi syakarotil maut
Wannajata minannar
wala'fwa indal hisab

Rabbana atina fiddunya hasanah
waqina 'azabannar
waqina 'azabannar
waqina 'azabannar

amin ya rabbal alamin.

5 Jul 2014

Pilihan Cookies Nordmilah Traders

Assalamualaikum..

kami sediakan 14 jenis cookies pilihan.



Hubungi rakan niaga kami di johor seperti berikut:
1. Kintan Taib - Taman tampoi indah -0197642961
2. Jgee Chentawan - Bukit dahlia pasir gudang - 0197756643
3. Mar Awang - Seri Alam , masai -0137740458
4. Mat Due - Tmn Mursyi Ibrahim , JB -0148080881
5. Yanz Nordiana - Felda tenggaroh 2, mersing - 0197416163
6. Fadhlul Hadi - Tmn Seri Impian, Kluang - 0169466591
7. Siti Nurul Asykin Ropie - Tmn Johor Jaya - 01128606847
8. Norazela Hamadan - kangkar pulai - 0137019142
9.Latifah Suri - pulai jaya - 0127333506
10. Mohd Fairus Surat - kota tinggi - 0197779420
11. Norsa'adah Ahmad - adda height -0197522108
12. Fauzan Samlan -segamat 
13. Syukur Sapuan - kota tinggi - 0137977346
14. Hanifuniza Abdul Hana - UTM, 0197113566
15. Syakir Jkk - larkin -0133265611
16. Muhammad Firdaus Ramlan -0177551310kempas
17. Norsila Mohamed - 0197007474 Uda Tampoi
18. Fatimahtulzarah Muhd - 0197282009cUlu tiram
19. Zaleena Karmila - 0197284192 Taman Rinting, Masai
20. Ir Sahila - 0167278041 yong peng, batu pahat

Biskut Raya NORDMILAH COOKIES bersama SULTAN JOHOR

Assalamualaikum semua,

Pada karnival kembara Sultan Johor yang lepas, kami telah berada di MRSM  JB dan memperkenalkan cookies kami.

Jom santai-santai bersama-sama gambar berikut :













Projek Raya 2014 bersama Nordmilah Traders

Assalamualaikum semua...

Projek Raya 2014, adalah satu projek menjual kuih biskut raya secara PREMIUM

Apa yang premiumnya?

1. kesemua kuih raya dihasilkan secara homemade cookies
2. kesemua kuih raya menggunakan 100% tepung tanpa peluntur
3. kesemua kuih raya menggunakan 100% butter
4. kesemua kuih raya yang bercirikan coklat menggunakan coklat Bery'ls yang HALAL JAKIM
5. 9 jenis kuih raya mempunyai sijil halal JAIS
6. kesemua kuih raya mempunyai kualiti tinggi ( disertakan bersama tarikh luput)
7. kesemua kuih raya di lengkapkan dengan buble dan penyerap udara untuk memastikan kuih raya dalam keadaan terbaik
8. Cuba dulu baru tahu PREMIUM atau tidak?

Untuk tempahan hubungi kami;

1) Bandar Baru Bangi: Wan Nurhanani 016-202 6404.

2) Shah Alam : Shafinaz Mohd Saad - +60 19‑380 4005.

3) Melaka - Wan Normala 019 211 2778

4) Kelantan - Wan Zuraida Wan Ismail +60 19 995 4461.

5) Johor - Amir EtCetera Karim 013 219 9103 atau Chah Maisarah +60 13 720 4858.


Atau kunjungi booth jualan kami di :

1) Booth Nordmilah Cookies di Pintu Masuk, Maju Junction, Kuala Lumpur.

2) Lunatots - Armcorp Mall.

3) booth di Ampang Park.

4) Tesco Selayang.




Hanya yang terbaik untuk anda .Best Quality Biscuits

Lelaki Tua Berkain Pelikat 8

Nota : copy paste dr FB Dato Roslan Ab Hamid 

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI LAPAN.

Lama dia teresak. Saya diam. saya mula faham hati Lelaki Tua berusia 70an. Mudah tersentuh. Rapuh. 

Dia mengesat air mata dan berkata, Pak Cik takut pada kematian. Pak Cik belum sampai pada tahap rindu untuk menemui Pencipta. Pak Cik masih jauh. Kurang bekalan untuk hari penantian yang panjang. Bagaimana nasib Pak Cik pada hari pengadilan.

# 36. Sementara masih ada usia, jadikan hari hari dalam kehidupan ini untuk menyeru pada kebenaran. Usahalah untuk cegah kemungkaran. Pada saat ini dia baca surah Ali Imran ayat 104 (Nota: Saya balik buat semakan terjemahan: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka orang orang beruntung."

#37. Perkara pertama dihisab dihari kiamat adalah solat. Tinggalkan segala urusan apabila sampai waktu solat. Sebab itu Pak Cik cuba sedaya upaya, dekatkan rumah dengan masjid. Pak Cik tahu Rasulullah SAW kata, lebih afdal jauh dari masjid. Berjalan kaki ke masjid itu banyak pahalanya.

Namun, Pak Cik rasa tak mampu. Apabila tak mampu jadi tak buat. Baik Pak Cik beli rumah dekat dengan masjid. Berjemaah. Banyakkan berzikir. Ingat Allah SWT. Baca Al Quran. Bertaubat. Malaikat maut datang jengok kita 70 kali sehari. Kita tidak tahu bila masa dia mahu ambil nyawa kita.

# 38. Untuk berjaya, kena banyak bertanya. Itu kunci dapatkan ilmu. Anak, ingat manusia capai penghormatan dan kemuliaan di dunia dengan banyak cara. Dia tunjuk ke arah satu tempat. Di hujung sana rumah Allahyarham Tan Sri xxxxxxx. Dia capai kemuliaan dengan pangkat dan kebesaran. Dia orang baik masa hayatnya.

Ada manusia mulia dan dikenang kebaikan dan kemurahan hati. Ada manusia mulia lantaran keturunannya. Namun, manusia paling mulia adalah manusia berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Ada hadis sebut, "Sesiapa sahaja yang merintis jalan menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga" (Nota: saya semak hadis ini diriwayatkan oleh Muslim)

#39. Dalam hidup ini, usah mengaku kalah. Sewaktu Pak Cik mula niaga dahulu akhir 60an , orang kata macam macam. Masa tu tidak ramai Melayu berniaga. Semua yang bisnes adalah Topek (Bahasa Kelantan untuk Cina). Apabila Pak Cik balik lewat malam, mereka gelar Pak Cik Topek.

Kesusahan itu proses kehidupan. Pada setiap kesusahan akan datang kemudahan. Usah kita persulitkan. Apabila Pak Cik datang jemaah suboh, ada yang sindir. Awal Topek bangun. Pak Cik senyum. Masa itu rumah Pak Cik kecil. Pak Cik azam dan nekad mahu rumah besar. Rumah tempat anak cucu dan keluarga berkumpul dalam suasana keagamaan. Alhamdulillah. Allah makbulkan apa yang diminta.

#40. "Anak" kata Lelaki Tua itu sambil peluk saya. Dia pegang pada jantunghati saya. Tidak masuk syurga orang yang d hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Jangan sombong, anak.

Dia pegang jubah saya. (Nota: Saya pakai jubah warna pink lembut). Lelaki Tua itu berkata, "Mahal Jubah anak ini. Beribukah harganya?. Kain ini mahal". Saya jadi tidak tentu arah. Saya jawab, "Tidak Pak Cik. Mungkin bagi orang kaya raya jubah ini harganya rm800. Saya diberikan dengan harga yang kurang dari separuh harga jualan. Saya berkawan dengan orang besar Jakel". saya benar benar rasa tidak tentu arah.

Pada detik ini Lelaki tua itu berkata, "Tidak mengapa. Ada wasiat Sayidina Ali, katanya, "Sesungguhnya sesorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusai".

"Teruskan. Anak ini jangok (nota; Bahasa Kelantan: Suka pakai smart).

Saya senyum, menenang diri. Jam 3 petang, Jumaat 4 Julai, 2014 kami berpisah apabila sama sama keluar masjid. Saya teringat pesan isteri supaya balik awal. hari ini mahu pulang ke rumah ayahnda mertua.FB Dato Roslan Ab Hamid

Lelaki Tua Berkain Pelikat 7

Nota : copy paste dr FB Dato Roslan Ab Hamid

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI TUJUH.

Selepas Jumaat, tatkala ramai jemaah bergegas pulang, saya duduk duduk bersandar di dinding. Pada masa ini hamparan kain sumbangan sedekah dibuka. Duit kutipan dilonggok dan dibilang kira. Nyata banyak yang rm1, kadang kadang rm5, jarang jarang rm10 dan sekali sekala ada not rm50.

Belakang saya ditepuk. Saya berpaling dan nyata ia Lelaki Tua Berkain Pelikat yang namanya telah gah disebut ramai di alam maya. 

"Belum balik", dia berkata sambil dia melabuh duduk ditepi saya. Tangannya menunjukkan pada kiraan duit yang diterima." Alhamdulillah, masih ada tangan diatas yang mahu memberi". "Inilah pentingnya ekonomi. Kita ada upaya menyumbang. Kita ada rasa mahu berkongsi. Tanpa ada rasa seumpama ini, hancurlah masyarakat kita". Demikian lah Lelaki Tua itu mula berkata.

Saya senyum, membenarkan beliau terus berkata kata. Saya notakan dalam angka untuk memudahkan kita menangguk hasil dari buah bicara kebijaksanaan Lelaki Tua ini.

#31. Hidup dengan acuan Allah. Terikat dengan Allah dalam setiap gerak dan geri. Baca Al Quran. Akhlak Rasulullah itu ada dalam Al Quran. Pada masa ini dia bacakan ayat Al Quran surah Al Syamsu ayat 9-10. (Saya balik lihat semakan terjemahannya: "Sesungguhnya berjayalah orang orang yang membersihkan jiwanya dan sangat malang orang orang yang mengotori jiwanya")

#32. Hati kita mesti diisi dengan ketabahan. Tabah itu mendorong kita meneruskan perjalanan. Apabila kita kata kita beriman kepada Allah kita mesti berani. Usah jadi hati tikus. Penakut dan pengecut. Berdecit sepanjang masa. Manusia akan jadi pengecut, pertama apabila mereka percaya ada kuasa lain dari Allah yang boleh mematikan kita. 

Orang tua dahulu kata, "berpantang ajal sebelum mati". Maksudnya mati kita hanya ditangan Allah SWT. Kedua, kita takut apabila kita cintai diri, harta, keluarga lebih dari cinta kepada Allah. Kita mesti ada rasa mahu temui Pencipta di akhirat nanti. Apabila ada rasa sedemikian rupa, semua yang lain menjadi indah pada penghidupan sementara ini.

(Nota: Pada saat ini, terdetik hati saya walikah Lelaki Tua ini. Cepat dia tersenyum dan berkata, kenapa pandang Pak Cik sedemikian rupa. Pak Cik hanya orang biasa yang menyerah bulat pada Allah SWT. Itu sahaja anak)

#33. Hidup ini perlu yakin. Perlu sentiasa nyalakan harapan. Kita bertuah ada Allah SWT. Apabila kita beriman pada Tuhan yang memiliki langit dan bumi, yang memiliki kurnia dan nikmat yang banyak dan melimpah ruah, segalanya jadi mudah. Minta dengan Allah. Minta sungguh sungguh. Minta banyak banyak.

Perkara paling besar dalam hidup ini adalah jadi orang tenang. Tenang apabila kita ada ketenteraman jiwa. Usah kejar kuasa anakku. Kuasa menjadikan kita huru hara. Kuasa meletakkan kita dipinggir neraka. Berilah pada orang lain jadi ketua.

Hati kita jadi tenang. Jiwa jadi tenteram apabila kita ada aqidah tauhid. 
Iman kepada Allah itu yang bentuk kekuatan besar, nekad, berani dan tabah. 
Inilah yang orang ramai panggil tawakal.

#34. Akal kita guna untuk tujuan kebaikan. Akal kita miliki untuk bawa keredhaan Allah. Akal adalah untuk pastikan hidayah Allah berkekalan. Manusia jadi mulia apabila sifat kemanusiaan kita sandarkan pada kekuatan pemikiran.

Tujuan akhir kita mahu jadi hamba hamba yang bersyukur. Caranya kita berterima kasih kepada Allah. Abadikan diri dengan segala bentuk amal ibadat. 
Kita tinggalkan kerja kerja maksiat. Kita jauhi perkara mudharat.

Usah tunggu orang lain lakukan kebaikan. Jadi diri sendiri. Kitalah satu satu yang wajar memulai kebaikan. Kita pemula. Kita peneroka.

#35. Untuk jadi hamba bersyukur mulakan dengan rezeki yang berkat. Mudah kita dapat ampunan dan rahmat Allah. Rezeki berkat hanya milik orang yang dapat redha Allah. Redha Allah hampiri kita apabila ada kejujuran dan keadilan dalam bisnes.

Fokus pada kerja. Sabar ikut proses. Tabah apabila ada dugaan. Terus melangkah. Usah rasa hina dengan perkataan manusia.

Buang dari hati kita sifat dengki, haloba, tamak, dendam, sombong, riak, takabur. Usah ada lintasan itu. Bersihkan hati kita. Bersihkan hati anakku.

(Nota: Pada saat ini air mata dia mengalir tanpa henti)

Bersambung.