25 Nov 2014

HP Nokia 3310

HP NOKIA 3310 dibuka untuk jualan amal.

Boleh dihadiahkan kepada anak-anak yang bakal masuk asrama atau
untuk ibu bapa (mudah bagi mereka untuk tekan dan dial)
untuk kegunaan bisnes sebab bateri tahan 2hari tau
atau untuk simpanan nostalgia.

macam saya " ini hp pertama arwah mak beri, namu saya telah tred in suatu masa dulu dan kini saya milikinya untuk simpanan peribadi" ia hadiah tak ternilai dan kenangan saya dengan arwah ibu saya.




Anda berminat tak?

hubungi kami di Gajet Terkini

atau sms maisarah (0137204858)

14 Nov 2014

TIPS KESIHATAN ( FIZIKAL +ROHANI)

TIPS KESIHATAN ( FIZIKAL +ROHANI)
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
sharing dari FB Hayatie Arif
p/s: masa untuk tdo dan bangun awl...

RAHSIA REZEKI MENCURAH-MENCURAH

Bismillahirrahmanirrahiiim.
Assalamualaikum wbt.
Saya berbesar hati ingin berkongsi cerita dan nasihat yang sungguh bermanfaat buat diri saya yang saya dapat dari chatgroup Whatsapp keluarga saya pagi tadi. Please read till end
〰〰〰
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn. Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
Formula yang saya dapat:

1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat. Sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha, kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat Tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran. Apa yang diceritakan, bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir. Beliau meminta semua berzikir 'Ya Wahhab' 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Rina kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Contoh yang dia beri semalam, Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000, 10% daripada RM5000 yang kita inginkan, RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni beliau tentang sedekah. Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS'. Bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH!

8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu, batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak? Tapi Puan Rina kata, "Tawakal dulu baru usaha. Minta bulat-bulat pada Allah, baru kita usaha..."
4 amalan surah setiap hari:
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER, tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak, selalu minum air. Mak dia jarang minum air.
Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN, BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH
sharing dari FB Farah Asyikin Zulkifli , Terima kasih puan farah atas perkongsian ini.

12 Nov 2014

MAHU BELAJAR PHOTOSHOP DENGAN MUDAH & PANTAS?

MAHU BELAJAR PHOTOSHOP DENGAN MUDAH & PANTAS?

Ada satu EBOOK PHOTOSHOP ini dalam BM, dah lah mudah faham, murah pula ;).
Ebook ini merupakan panduan Dari A Hingga Z Untuk Newbie.
Mungkin anda dapati ianya adalah tajuk yang biasa yang anda selalu dengar di tempat lain.
Tapi, ikhlas saya katakan, ebook ini adalah panduan yang sangat luar biasa
Anda mahu dapatkannya?
SEBELUM ITU,
Boleh download 2 BAB PERCUMA disini-à https://www.dropbox.com/sh/beu2qdvb780680u/AAAmmWBSaSFkjqGFvao2uluaa?dl=0

Namun sekiranya anda mahu mendapatkan KESEMUA 13 BAB, anda layak dapat 3 BONUS;
Bonus 1: Video Tutorial Membina Minisite Dengan Photoshop
Bonus 2: Video Tutorial Trik Photoshop
Bonus 3: Portable Colour Schemer
Tawaran  MELELEH tak tahu nak cakaplah.

Untuk dapatkan tawaran MELELEH disini à http://photoshopmudah.com/hop.php?ref=maisarah

p/s: Minggu lepas harga RM30, minggu ini RM50, minggu depan argghh…jangan tunggu lagi bertindak SEKARANG!



Terima Kasih

Maisarah

9 Nov 2014

TELEKUNG BUKAN UNIFORM WAJIB KETIKA BERSOLAT

TELEKUNG BUKAN UNIFORM WAJIB KETIKA BERSOLAT

Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau.

Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu. Yang memang free hair dan berpakaian seksi tu, apatah lagi.

Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung pun tidak mengapa. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun. Hehe..

p/s: untuk tempahan tudung ready solat boleh kewww.facebook.com/HijrahCM

sumber : http://www.lamankongsi.com/2012/04/telekung-bukan-uniform-wajib-ketika.html

5 Nov 2014

TAMBAH PENDAPATAN MELALUI BERBISNES DENGAN KERAJAAN

======================================
PELUANGTAMBAH PENDAPATAN MELALUI BERBISNES DENGAN KERAJAAN.
======================================
Mahu Cari Pendapatan Lebih?
Di sini ada peluang bisnes jana 5 angka sebulan.
Ianya berbisnes dengan KERAJAAN!
Bunyi macam susah tapi sebenarnya kerja mudah.
Ini Rahsia Bisnes Kerajaan Bukan Untuk Jerung Besar Punya.
Ini Rahsia Binses Kerajaan Untuk Orang Biasa Jujur Cari Makan 5 Angka Sebulan.
Kira-kira mudah satu kali berniaga untung RM4,000 ~$$$
Sebulan kalau dapat lima kali berniaga sudah untung RM20,000~$$$
Cukup belanja satu keluarga!
=======================================
BISNES INI UNTUK ORANG BESAR SAHAJA? KENA ADA KABEL?
=======================================
Itu kata orang bukan kata kita
Rahsia Bisnes Kerajaan tunjuk cara berniaga telus dan marketing yang baik.
Rahsia Bisnes Kerajaan untuk orang biasa mahu buat 5 angka sebulan tanpa perlu rasuah sana-sini.
Orang selalu ingat bisnes kerajaan juta-juta sahaja dan kena masuk tender...
Tapi Rahsia Bisnes Kerajaan bongkarkan peluang bisnes tak perlu masuk tender boleh dapat sehingga 6 angka punya bisnes.
========================================
4 SEBAB HARI INI RAHSIA BISNES KERAJAAN SESUAI UNTUK ANDA!
========================================
1 - Rahsia bisnes kerajaan tunjukan bagaimana mahu bermula dari awal hingga akhir. Sesuai untuk usahawan yang mahu bisnes dari rumah dan tak perlu risiko pegang stok!
2 - Rahsia Bisnes Kerajaan tunjukan cara bagaimana nak dapatkan projek 5 angka - 6 angka ~$$$
3 - Masalah Modal? Dengan berbisnes dengan kerajaan tak perlu modal pun boleh buat berniaga. Rahsia Bisnes Kerajaan tunjukkan anda mana nak ambik modal dengan mudah umpama korek tabung sendiri.
4 - Tak tahu mana nak cari pembekal? Rahsia Bisnes Kerajaan bagi hampir lebih berpuluh pembekal bagi 20++ bidang industri. Nak cari pembekal komputer, pembekal T-Shirt korporat, pembekal apa lagi mahu? InsyaAllah ada dah disenaraikan.
========================================
RAHSIA BISNES KERAJAAN MALANGNYA ADALAH TERHAD...
========================================
Pakej Ilmu Rahsia Bisnes Kerajaan tidak selalu ada. 
Tetapi nasib baik sekarang tengah ada!
Sebelum itu mari lihat apa kata SURVEY!
"Memang pakej pengajaran bisnes paling telus yang pertama kali diterbitkan di Malaysia" 
- Tuan Sunthara Segar Kolumis Majalah MIngguan Wanita dan Pakar Kewangan.
========================================
Rahsia Bisnes Kerajaan Sudah Membantu Ramai Menjadi Usahawan Projek Kerajaan!
========================================
Ilmu Rahsia Bisnes Kerajaan dari usahawan kerajaan sebenar. Dipraktikkan dengan menjadi-jadi. Pendedahan yang dilakukan
bakal mengujakan anda dan mengubah persepsi tentang berbisnes dengan kerajaan. Justeru jika berminat boleh ikuti arahan di bawah...
Klik laman web di bawah untuk pembelian secara online:
Klik disini sahaja-->> http://www.teknikbisneskerajaan.com/hop.php?ref=maisarah
Pesanan: Kuota adalah terhad. Tahun lepas ramai yang merayu nak beli tapi akhirnya kena tunggu setahun baru boleh lepaskan geram. Sedangkan setahun dah boleh buat berapa urusniaga dengan kerajaan?
Harga memang mahal tapi nak dibandingkan dengan potensi income 5 angka memang murahlah...
Sekali lagi khas buat anda-->>
http://www.teknikbisneskerajaan.com/hop.php?ref=maisarah

30 Okt 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Meminta kepada ALLAH swt ;

CERITA PILIHAN (11) MALAM INI ( 29/10/2014/RABU )

(Satu lagi kisah meminta (hanya ) kepada Allah )

******************************

Assalamualaikum ustaz. Sy ingin kongsi kisah hidup sy buat tatapan warga MMR, semoga bermanfaat.

Kisah ini bermula selepas beberapa minggu sy berumahtangga iaitu hampir 4tahun yg lalu. Kebahgiaan yg dikecapi sbg pengantin baru direnggut apabila disahkan menghidap kanser tahap 4. Sungguh saat itu dunia ini gelap gelita, luruh air mata xmampu berkata apa2.

Dipendpendekkan cerita, sy dan suami menerima ujian itu dgn redha. Suami menjaga sy dgn begitu sempurna, semua wang simpanannya habis dibelanjakan untuk membiyai kos rawatan sy.

Hanya yg tinggal sebiji kereta yg hampir dijual utk mencukupkan dana. Suami xbekerja sepanjang tempoh menjaga sy. Kami menumpang di rumah ibu bapa suami. Alhamdulillah ibu bapa sy dan mertua juga turut membantu dr segi kewangan. Sepanjang tempoh diuji, kami kembali kpd Allah mengharapkan ehsan dan kasih sayangNya. Maha Pengasih Allah itu

Dia beri sy peluang hamil walaupun sy menghidap kanser ovari dan kemungkinan utk hamil hanya 1:10,000. Subhanallah!

Dgn begitu besar nikmat yg Allah beri keinginan utk sembuh menggunung tinggi, xsanggup membayangkan zuriat yg bakal lahir tidak merasa kasih seorang ibu. Sedaya upaya sy laksanakan solat sunat taubat dan solat sunat tahajjud meminta Allah sembuhkan penyakit yg sy deritai.

Bibir ini dibasahi dgn zikrullah dan membaca Al-Quran setiap hari.

Kehidupan kami suami isteri hanya menumpang kasih ibu bapa suami. Kami tiada pekerjaan, tiada wang simpanan, tiada pendapatan dan xmempunyai wang saku utk perbelanjaan harian. Jika ada sedikit wang pemberian org, kami beri kpd yg lebih memerlukan. Tapi Allah permudahkan urusan, walau susah tidak pula terasa begitu sukar.

Syukur Alhamdulillah akhirnya sy sembuh dan selamat melahirkan. Tetapi ia tidak berakhir di situ apabila bapa mertua pula disahkan menghidap kanser. Suami menjaga ayahnya dgn sabar sama seperti dia menjaga sy. Suami seorang ank yg taat dan begitu menghormati org tua. Akhirnya dgn berkat usaha, doa dan tawakkal, bapa mertua juga sembuh dgn izinNya.

Setelah melalui segala kesulitan dan kepayahan hidup, kami tidak menganggap ujian itu sebagai musibah bahkan ia adalah hadiah termahal yg Allah kurniakan kpd kami suami isteri.

3tahun hidup menumpang di rumah mertua, kami akhirnya bakal memiliki kediaman sendiri yg dihadiahkan oleh insan yg berhati mulia. Kehidupan kami bertambah baik, rezeki pula tidak pernah putus.

Rumahtangga kami bertambah seri dgn kehadiran dua orang putera kurniaan Illahi. Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar..

Kesimpulannya, bersabarlah dgn ujian yg Allah turunkan dan hadapi ia dgn tenang. Lihat ujian itu sbg hadiah pasti hati akan lebih terbuka menerimanya.

Berbaktilah kepada org tua nescaya hidup akan bahagia. Rezeki bukanlah berbentuk wang semata2, sihat juga rezeki, gunakan nikmat sihat sebaiknya.

Rezeki itu tidak semestinya hadir melalui usaha kita, kadangkala Allah turunkannya melalui insan lain. Krn itu jgn harapkan balasan apabila kita berbuat baik kpd manusia tetapi mohonlah dari Allah krn Allah Maha Kaya, tiada apa yg mustahil di sisi Allah.

Wallahualam..

*************************************


sumber asal: BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT

29 Okt 2014

EBOOK TUTORIAL PHOTOSHOP DALAM BAHASA MELAYU

Semalam saya dihubungi seorang Usahawan Internet, Akram Hasyim
Beliau ada menghasilkan ebook yang bertajuk "Ebook Tutorial Photoshop", iaitu sebuah ebook yang komprehensif, ajar A sampai Z untuk menjadi mahir menggunakan photoshop untuk version CS3 dan ke atas dalam bahasa Malaysia.

Fokus beliau adalah untuk membantu SIAPA sahaja, berjaya menggunakan photoshop bagi menghasilkan design dan sebagainya.

Saya tanya berapa harga, dia jawab ENAM PULUH RINGGIT.
Macam biasalah, saya cuba tawar menawar untuk dapatkan best price kepada kawan-kawan FB saya.

Alhamdulillah, ada berita baik.
Harga Asal : RM60
tapi,
Harga Kawan-kawan : RM30 sahaja.
Untuk mendapatkan ebook ini boleh sms/wa 0137204858 (maisarah) atau pm fb CHAH MAISARAH

ps : TAWARAN INI UNTUK 30 ORANG TERAWAL sahaja, first come, first serve .... nanti, saya akan PM sesiapa yang berminat.

Nasihat saya, kalau anda nak main-main, tak serius dan tak nak keluar duit beli ebook ni, TOLONG JANGAN REPLY ..... BAGI PELUANG NI DEKAT ORANG LAIN YANG SERIUS DAN LEBIH MEMERLUKAN.


Testimoni surisumah pun boleh buat editing dah...yeayyyyyy
Nak lagi testimoni?..cukuplah satu dulu....HEHEHHE


IKHLAS 
Maisarah 

27 Okt 2014

MACAM MANA NAK TAHU POWER BANK PINENG ORIGINAL?

Macamana nak tahu POWER BANK ORIGINAL?

1) Diluar kotak PB PINENG ada sticker warna emas

2) Ada yang warna silver kat luar kotak PINENG dan goreskan untuk dapatkan serial code. 

3) masukkan serial code http://www.pineng.cn/ (kena tukar bahasa yer).Kemudian dah masukkan serial code tadi baru tahu original ke x? (sila guna google translate)

p/s: ada 2 cara untuk kenali POWER BANK PINENG ORI ke x.


kami tawarkan yang ORIGINAL YER, mohon pm kami untuk mendapatkan Power Bank PINENG 

www.facebook.com/GTerkini (sms 0137204858)

26 Okt 2014

SURAH ALMULK

SURAH ALMULK

anas melaporkan bahawa Rasulullah saw berkata:" ada orang yang meninggal dunia dan dia tidak pernah membaca alquran selain surah TABARAKA. Setelah diletakkan dalam kubur, malaikat datang kepadanya. Surah itu menjadi marah maka malaikat mengatakan kepadanya. " kamu adalah salah satu bahagian daripada kitab ALLAH dan saya tidak mahu menyakitimu, sedang saya sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat atau mudarat kepada kamu, kepadanya, bahkan kepada diriku. Apabila kamu mahu dia tidak diseksa,pergilah mengadap ALLAH swt dan mohonlah syafaat untuknya.'

Maka dia pun pergi mengadap ALLAH swt dan berkata " wahai tuhanku, antara surah dalam kitabmu si fulan sengaja memilih aku; dia mempelajari dan membacaku. Apakah setelah itu Engkau membakarnya dengan api dan menyeksanya, sedangkan aku berada dalam tubuhnya? Sekiranya Engkau benar-benar melakukannya maka hapuskan aku daripada kitabMu."

ALLAH swt berfirman"Aku lihat kamu benar-benar marah"
Surah tabaraka menjawab." aku berhak berasa marah".

Maka ALLAH berkata" pergilah , dia sudah Kuberikan kepadamu dan Aku memberi izin kepadamu bagi memberi syaafaat kepadanya."

Lalu dia datang semula ke kubur dan malaikat tidak berani lagi menengking. Malaikat keluar dengan wajah lesu. Surah Tabaraka datang lalu meletakkan mulutnya ke mulut orang itu seraya berkata,
" selamat datang mulut ini, dia sering membacaku. Dan selamat datang dada ini, dia sering menghafalku dan selamat datang kedua kaki ini, keduanya sering berdiri dan berjalan keranaku."

Lalu surah itu menemaninya di dalam kubur supaya dia tidak berasa takut sendirian.

Ibnu Asakir mengatakan ," setelah Rasulullah menceritakan hadis ini orang ramai sama ada yang muda atau tua, merdeka atau hamba sahaya, semuanya berlumba-lumba mempelajarinya dan Rasulullah saw menamakannnya sebagai si penyelamat."

Direkod oleh Ibnu Asakir dalam Tarikhnya dengan sanad yang lemah

-Buku "rahsia alam kematian dan alam barzakh" karya Dr Hj Johari

#cintaikehidupan

25 Okt 2014

HIJRAH CINTA MUSLIMAH

Penampilan HIJRAH CINTA MUSLIMAH adalah untuk menyediakan kelengkapan diri buat seoarang yang bergelar muslimah. HIJRAH CINTA MUSLIMAH adalah inspirasi dari hati dan direalisasikan dengan pengenalan TUDUNG READY SOLAT yang boleh ditempah mengikut saiz muka dan labuh.


Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam mencari TUDUNG ready solat yang berdagu mengikut saiz muka dan labuh anda?

Kami dari HIJRAH CINTA MUSLIMAH mahu bantu anda mendapatkan TUDUNG SOLAT IMPIAN anda. Tambahan pula ditampilkan dengan elemen swarovski di sekeliling tudung memberi ciri-ciri EKSKULIF dan anggun bergaya.

Tudung ini didatangkan dengan pakejing tersebut:

Ciri-ciri dihiasi elemen Swarovski seperti gambar dibawah:


mahukah anda menempah?
boleh layari page kami www.facebook.com/HijrahCM
atau hubungi maisarah (0137204858)


24 Okt 2014

TIP PENJAGAAN POWER BANK PINENG

Tips penjagaan Powerbank supaya powerbank anda lebih tahan lama:

1. Jgn simpan powerbank anda dlm kereta. Ini sebab biasa suhu dlm kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila jemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan powerbank anda.

2. Jgn charge powerbank anda dgn menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player. Ini sebab output dari USB port alat2 tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas powerbank anda.

3. Jgn charge phone anda dgn powerbank dan simpan dlm bag. Ini disebabkan apabila anda charge phone anda dgn powerbank dlm bag, udara panas yang dikeluarkan daripada powerbank dan phone tidak dapat disingkirkan sebab udara dlm bag dlm keadaan tertutup. Selain tu, charge dlm bag akan menyebabkan cable2 terhimpit dan cable anda akan cepat rosak. Try charge dlm keadaan terbuka.

4. Jika nak charge powerbank anda dgn Car Charger, sila pastikan car charger anda jenis yang berkualiti. Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.

5. Jgn charge phone anda dan simpan powerbank dlm pocket anda. Ada banyak pengguna suka charge dlm pocket samada pocket depan atau belakang dan ini akan menyebabkan USB socket anda rosak. Ini disebabkan apabila powerbank disimpan dlm pocket dan digunakan utk charge phone lagi, pengguna mungkin akan gerak2 samada jln2 atau duduk, ini akan menyebabkan USB cable anda terhimpit dan lama-kelamaan USB socket anda akan longgar atau cable anda akan rosak.

6. Simpan powerbank anda dgn betul apabila tak guna. Cable2 semua kena dicabut dari powerbank anda apabila anda simpan powerbank dlm bag. Ini disebabkan cable yang sentiasa sambung ke powerbank akan dihimpit apabila bag anda bergerak dan ini akan merosakkan cable dan socket USB powerbank anda.

7. Charge Powerbank anda dgn Phone Charger yang original. Dlm pasaran skrang ada banyak charger murah terutamanya charger Apple yang clone dan murah. Charger mcm ni current output dia tak stable dan akan menyebabkan circuit board powerbank anda hangus. Anda bleh charge powerbank anda dgn guna charger samsung atau apple phone yang original.

kami tawarkan power bank PINENG ORIGINAL, yer
www.facebook.com/GTerkini


terima kasih
maisarah awang
0137204858


23 Okt 2014

POWER BANK HARGA TERLAMPAU MURAH

Mahu power bank dengan harga yang murah?
hubungi kami www.facebook.com/GTerkini

ada yang bertanya power bank kami ORI ka?sebab harga rendah?
kami tawar yang ORI. kami ambil untung sedikit. mana ada peniaga tidak mahu untungkan?

boleh lihat screen shot ini ya.



20 Okt 2014

Tudung Umrah HAJI

Kami memperkenalkan Tudung Umrah Haji Premium dengan swarovski elements.

CIRI-CIRI TUDUNG UMRAH HAJI :

1. Tudung Berdagu & Soft awning : Memang selesa untuk di bawa solat.

Boleh pakai tudung ni masa ke kuliah kat Masjid, tak perlu bawa telekung...pastikan anda berstokin, terus bersolat dengan apa yang anda pakai.

2. Material Lycra Cotton : Selesa dipakai, tidak jarang walaupun warna lembut

3. Element Swarovski : Menambahkan seri pemakai..kami menggunakan warna batu yang senada dengan warna tudung agar tidak terlalu menonjol.
Tudung Ini didatangkan Dengan Kotak Eksklusif, Sangat sesuai Dijadikan Hadiah Kepada Ynag Tersayang.

warna pilihan : Warna hitam /coklat gelap/dark grey/pepelblue dark/belacan or turqois

4. Didatangkan dengan 2 saiz, xl dan xxl.

Untuk saiz xl:
Material : Lycra cotton 400 g
jahitan : Tailor made
saiz muka : 9 inci
Labuh Depan : 18 inci

untuk saiz xxl:
Material : Lycra Cotton 400 g
Jahitan : Tailor Made
Saiz Muka : 10 Inci
Labuh Depan : 23 inci

Ada potongan harga untuk customer yang terawal.
Mohon pm kami atau sms/wa 0137204858 (maisarah untuk pertanyaan/tempahan)



26 Sep 2014

Rahsia Pintar dan Cergas terbongkar !

Cabaran solat tahajud? Ya, tentunya rasa mengantuk. Maklumlah, solat ini  perlu dilaksanakn pada waktu malam. Waktu yang paling afdal solat tahajud adalah jam 3pagi.

Namun kita sering liat untuk bangun pada waktu itu kerana bimbang tidak cukup tidur. Berapa jamkah sebenarnya jumlah  tidur yang dikatakan cukup itu? Apakah lapan atau enam jam? Kajian oleh Dr. Ray Meddis, iaitu  seorang profesor di England University of Technology  mengatakan manusia (dewasa) sebenarya cuma perlukan tidur  3jam sahaja. Hal ini  memang sudah lama tercatat dalam al-quran

" sesungguhnya orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir sambil mengambil apa yang diberi oleh tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH " (Adz-Dzariyat 51:15-18)

Dari sei sains perubatan pula, terdapat oksigen khusus yang wujud pada atmosfera bumi pada waktu tahajjud. Hanya manusia yang bangun pada ketika ini dapat menikmati gas tersebut. 

Manakala gerakan solat pada ketika ini bermakna menggerakkan  otot-otot yang disifatkan sebagai senaman. Banyak kajian yang membongkarkan rahsia solat. Antaranya  yag dijalankan oleh Prof  Fatimah Ibrahim  daripada CMIMEMS di UM. Hasilnya telah dibukukan. Beliau memberi hujah bahawa " antara manfaat dan kelebihan  apabila melakukan  sujud dalam solat ialah kedudukan kepala yang berada pada paras terendah. keadaan ini sesuai dengan tarikan graviti yang akan mengakibatkan  lebih banyak darah  mengalir ke otak.Dinding dan urat-urat  nadi otak dapat menerima  lebih banyak darah berbanding keadaan biasa. Otak memerlukan bekalan oksigen  yang dibekalkan melalui darah secara berterusan. Ia akan bertambah sihat dan cergas kerana mendapat bekalan oksigen yang mencukupi."

Maka, kita sudah tahu kunci rahsia ahli ibadah yang kurang tidur tetapi masih pintar dan produktif?
Jangan tunggu lagi. Mulai malam ini setkan minda bangun tahajud pukul 3 pagi. Cabar diri!!!


Nota: petikan catatan ini diambil dari Buku karya Ustazah Rohani ( BERDUA LEBIH BAIK) pada bab yang ke-7.




17 Sep 2014

suami soleh idaman wanita

Mendapatkan pasangan yang terbaik semestinya idaman setiap wanita.

Jom ikuti 7 tips untuk memilih suami mengikut nasihat Ustaz Ebit Liew 

  1. Lelaki yang baik mesti solat berjemaah di masjid. InsyaAllah jika solat 5 waktu di masjid pasti mereka bermasyarakat dan amalan mereka bertambah baik kerana mereka akan ditegur jika salah. Terselamat dari ajaran yang salah.
  2. Kedua mereka daie pendakwah. Suka berdakwah...sayang umat. Kerana ramai di kalangan orang yang belajar agama sekali pun jika tak buat dakwah mereka pandai menghukum, marah, perang tapi mereka tidak mengasihi umat...sedangkan Cinta, sayang, pujuk rayu, menangis, adalah asas dakwah Nabi saw sepanjang hidup Nabi saw.
  3. Ketiga jika di pasaraya. Dia tolong tekan lif jika nampak orang tua atau keluarga bawa anak kecil semasa masuk dan keluar lif. Dia faham susah nak bawa anak-anak keluar lif..laju menolong orang.
  4. Keempat dia sayang orang tua dan hormat ulama...jalan belakang orang tua yang lambat mereka tak marah..jumpa ulama mereka beri salam dan bersalaman..
  5. Kelima mereka tidak cepat marah jika dengar baby menangis..(Hadis maksudnya bukanlah dari kalangan umatku yang tidak mengasihi kanak-kanak, menghormati orang tua dan memuliakan ulama.)
  6. Keenam semasa ada anjing kejar atau ada orang jahat bukan mereka hilang dulu. Dia lupakan semua orang..
  7. Ketujuh rajin berusaha bekerja dan suka menolong keluarganya terutama ibubapanya...dan pandai hormat mak ayah kita. Jika tak silap oranglah tu..kerana esok kita ada anak...jika anak perempuan mereka ikut suami dan tidak hormat orang tua....
Semoga kita mendapat pasangan yang terbaik yang membawa kita ke syurga ALLAH. Amin.

catatan asal dari FB Ustaz Ebit Lew

10 Sep 2014

Ini cinta 200%

Wahai insan yang bergelar suami, sekiranya anda buat 1-6 seperti dibawah, confirm hati isteri riang gembira (senyum sampi telinga la jawapnya)
Mudahkan menjaga isteri...itu sahaja yang diperlukan.
Jom semua jadi suami dan isteri soleh dan solehah.
Semoga ALLAH takdirkan pasangan kita yang terbaik buat kita. InsyaALLLAH.



6 Fakta Almarhum Ustadz Jeffry AlBukhori didalam memperlakukan Isterinya
================================
ALLAHURABBI... Moga Allah merahmati insan sebaik ini. Kita pula jadikanlah ianya sebagai teladan dan panduan.
Jom sebarkan kebaikan, kerna BERBUAT BAIK itu INDAH...
1. Abi selalu memimpin tangan isterinya saat berjalan, jikapun 1 tangan juga tak bisa memimpin karena suatu hal, Abi selalu meminta istrinya yang memimpin tangannya. Alasannya dia bertanggung jawab atas jalan istrinya supaya selalu aman.
2. Abi selalu mencium kening istrinya disaat-saat tertentu, sebelum dan selepas balik dari bekerja, selepas solat, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahwa dialah pelindung dan penenang istrinya agar istrinya selalu merasa nyaman.
3. Abi tidak pernah berteriak pada istrinya, alasannya suara yang keras dari suami untuk istrinya adalah cambuk yang menyakitkan.
4. Abi tidak pernah mencela dan memaki istrinya sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata kata yang bijak untuk mengajarkan kebenaran
5. Abi selalu memeluk dan membelai istrinya jika istrinya berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan istri adalah tanggung jawab suami, bila istri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai istrinya sambil berkata "maafkan Abi" , lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah istri yang soleha dan baik, salahkan Abi saja.
6. Abi selalu bangun sebelum dan berangkat tidur setelah istrinya, alasannya kewajibannyalahuntuk­ melindungi hidup istrinya dimulai saat bangun tidur dan sampai akan tidur, itulah janji suami pada istrinya.
Pepatah ada mengatakan hati wanita akan luluh jika disiram dengan air sejuk daripada menyiramnya dengan minyak panas, krn pada dasarnya mereka inginkan perhatian dan kasih sayang.
Semoga keluarga kita selalu bahagia dan harmoni.
p/s : artikel asal FB

9 Sep 2014

TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI KHAS BUAT ORANG LELAKI BUJANG

TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI KHAS BUAT ORANG LELAKI BUJANG
Selalu kita baca penulisan tentang tips persediaan menjadi suami berkaitan ilmu agama, aspek pekerjaan dan kewangan, persediaan emosi dan teknik memahami tabiat wanita, harta benda dan sebagainya. I am no expert in that. Cuma terniat nak share tentang 7 little things yang ramai orang mungkin kurang aware tentang kepentingannya.
"Aku tengok kamu ini tak buat itu dan ini, kenapa?"
"Nanti apabila dah nikah, aku buatlah!"
"Masa bujang Ibu yang buatkan. Masa dah nikah, isteri yang buatkan. Senangnya hidup kau?"
1) PINGGAN MANGKUK SUDU GARFU PERIUK BELANGA
Jangan pandang remeh kepada tabiat mudah "apabila selesai guna pinggan/mangkuk/sudu/garpu/gelas, cuci segera" kerana impaknya sangat besar. Saya lihat rata-rata orang bujang selalu guna piring letak kuih, apabila dah selesai guna ditinggalkan di atas meja makan. Ada juga yang guna pinggan mangkuk dan sebagainya, ditinggalkan di sinki. Apabila dah bertimbun banyak, barulah membebel housemates mana yang tak basuh pinggan.
Ada satu jenis lagi suka guna sudu atau pisau untuk ambil jem atau Nutella, sapu pada roti. Selepas guna, sudu atau pisau tadi diletakkan atas botol/penutup jem tadi. Alasannya, ada orang lain nak guna selepas tu. Nak dijadikan cerita, orang lain akan gunakan sudu yang lain. Hasilnya sudu/pisau tadi diletakkan di sinki dan sudu/pisau baru akan ditinggalkan di atas penutup/botol sekali lagi.
Semuanya akan jadi mudah jika kita amalkan untuk cuci semua yang kita guna sendiri selepas kita gunakan. Bukannya susah pun.
2) BELAJAR MEMASAK UNTUK KEPERLUAN
Sebelum nikah, Ibu yang masakkan. Atau ada segelintir orang bujang, suka makan di luar sahaja. Katanya, tak perlu belajar memasak sebab selepas nikah, isteri yang akan memasak. Itu kalau kamu dapat isteri yang pandai memasak. Kalau dapat isteri yang tak pandai memasak?
Ringkas sahaja. Belajarlah memasak. Tidak perlu belajar memasak sehingga mampu menjadi seorang chef atau masterchef pun. Belajarlah sekadar keperluan. Masak satu jenis lauk berkuah yang mudah. Contohnya kari ayam, atau sup ayam, atau ayam masak kicap. Kalau malas sangat, ayam goreng. Menu wajib adalah memasak nasi. Ya, nasi putih. Tahu sukatan air dan semuanya.
Apabila dah nikah nanti, boleh tolong sediakan makanan (sedikit kalau tak banyak) semasa isteri sakit atau isteri busy menjaga anak-anak. Sama ada sedap atau tak sedap, itu hal kedua. Perkara pertama adalah tahu memasak. Banyak bezanya seorang suami yang mampu tolong isteri menyediakan makanan dengan suami yang hanya tahu makan sahaja.
It is always a bonus la kalau tahu masak macam-macam. Tak rugi pun belajar. Boleh guna skill memasak untuk pikat hati isteri, bahkan juga hati ibu mertua. Kan sweet!
3) BELAJAR UNTUK TIDAK MEMILIH MAKANAN
Semasa bujang ini, belajarlah untuk makan banyak jenis dan rasa makanan. Bukanlah semua jenis, tetapi pelbagaikan dan banyakkan jenis dan rasa makanan yang kita makan. Ditegaskan di sini, JENIS dan RASA.
"Jenis" merujuk kepada kepelbagaian. Mana tahu nanti suami tekak Melayu bernikah dengan isteri tekak western. Asyik makan spageti hari-hari. Suami telanlah for few days. Selepas tu, pandai-pandailah.
"Rasa" adalah part yang sangat penting. Ingat! Bukan semua lelaki bernikah dengan isteri yang pandai memasak. Ada orang perempuan yang hanya belajar memasak selepas nikah. Jadi masakannya rasa macam ...... (put your own words la ye). Jadi ada bagusnya orang lelaki kalau belajar telan apa sahaja rasa makanan sementara bujang ni. Belajar untuk tidak terlalu memilih. Tawar ke, masin ke, manis ke, telan sahaja for the first few days. Jangan tak makan pula, nanti kebulur. Paling penting, kena jaga hati isteri. Makan je untuk jaga hati! Selepas beberapa lama tu, pandai-pandailah nak cari alasan untuk makan luar atau minta isteri belajar memasak.
4) PAKAIAN
Semasa bujang, cuci baju sekali seminggu. OK je! Tetapi kena mulakan tabiat kumpulkan baju kotor dalam bakul khas. Selepas cuci, jemur sendiri. Selepas kering dan angkat dari jemuran, pastikan pakaian siap cuci tadi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Saya pernah lihat rakan-rakan bujang letakkan bakul penuh berisi pakaian di ruang tamu rumah. Sangat menyakitkan mata apabila tetamu datang dan sebagainya.
Letakkanlah bakul itu di tempat yang bukan tempat berkumpul. Dalam bilik ke, dalam almari ke, belakang pintu ke. Barulah rumah tampak kemas.
Apabila dah nikah nanti, isteri pun senang hati sekiranya suaminya kemas dan membantu urusan laundry sebegini.
5) ORGANIZE YOUR BED
Yes, tempat tidur. Selalunya orang akan sebut tentang kemaskan katil selepas bangun daripada tidur. Saya tak mahu ulas poin itu. Saya ingin tekankan di sini tentang kepentingan untuk kita usaha untuk tidur di tempat sepatutnya.
Belajarlah tidur di tempat yang proper. Sama ada katil, sofa dll. Bukan tidur ikut suka mata lelap di mana-mana sahaja. Bukanlah salah, tetapi better jika mampu organize. Apabila dah nikah dan setiap malam main tidur je di ruang tamu atau meja study (kerana terbiasa tidur di mana-mana sahaja semasa bujang), do you expect your wife to be sleeping alone on the bed? Atau nak expect isteri 'usung' atau 'angkut' suami dari ruang tamu dibawa tidur di bilik ke?
6) PULANGKAN BARANG YANG DIAMBIL KE TEMPAT ASALNYA.
"Siapa pula yang nak guna pengetip kuku untuk makan nasi lemak ni?"
"Kau buat lawak ke apa?"
"Dah tu. Kalau dah tahu tak betul, kenapa selepas guna kau tinggalkan pengetip kuku ni di atas meja makan? Letakkanlah atas rak ni, bukannya jauh pun. Sebelah meja makan ni je pun."
Itu kisah housemate lelaki yang komplen pasal orang lelaki lain. Cuba bayangkan kalau 10 kali sehari si isteri 'bercakap' dengan suami tentang ini. Boleh terbakar telinga.
"Ayang, mana kasut abang? Ayang letak mana?"
"Ada tu, ayang letak kat meja makan."
"Kenapa letak kat meja makan pula?"
"Tadi Ayang lapkan. Lupa pula nak return to its place," apabila isteri salah letak barang, suami naik angin marah.
"Ok lah! Abang nak keluar dah ni, nak pergi kerja. Mana kunci kereta? Tak ada pun di tempat letak kunci kereta ni."
"Ada tu. Atas meja makan. Abang letak atas meja malam semalam masa balik rumah."
"Lain kali dah tahu Abang salah letak, tolonglah letak balik," selalu suami salahkan isteri sedangkan suami yang malas nak letak balik barang di tempat asal. Fuh! Macam drama di TV pula scene ni. Heheh.
Dah memang kerja isteri memastikan barang rumah sentiasa teratur. Kalau barang di rumah tidak teratur, kita juga yang marah. Tapi kalau kedua-duanya mengamalkan sikap bertanggungjawab, kehidupan akan jadi lebih mudah.
Cuba bayangkan apabila dah beranak-pinak nanti. Lagilah banyak barang kena organize. Di mana barang keperluan bayi, barang ayah, barang ibu, barang itu barang ini. Takkan nak suruh orang gaji organize semuanya?
7) KEMAS AND TIDYING THINGS UP AS YOU GO
Ini isu penting. Bak kata orang, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit." Bukan bab menabung je jadi begitu. Bab mess atau sampah dalam rumah pun boleh jadi begitu. Selepas siap memasak, kita biarkan dapur tak dikemaskan. Selepas guna toilet, kita biarkan kesan ubat gigi yang terkena pada dinding. Selepas guna sudu, kita biarkan kotor dan ditingggalkan atas meja makan. Selepas baca buku, kita biarkan di atas lantai. Selepas tetamu pulang, kita biarkan jag air di sinki supaya housemates lain tolong cucikan.
Cuba bayangkan selepas nikah nanti. Anak sepahkan toys, kita kata kejap lagi kita kemas. Selepas suami gunakan tisu untuk lap meja, dibiarkan tepi meja. Selepas isteri memasak, dibiarkan perkakas memasak di sinki. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dah bertimbun segala ke-tidak-kemas-an, makin bertimbunlah kerja mengemas yang kita nak kena buat.
Kemas as you go. Sikit-sikit. Barulah tak penat. Barulah tak kelam kabut.
PENUTUP
Semasa bujang, itu dan ini tidak dihiraukan sangat oleh si lelaki bujang ini. Katanya, selepas nikah nanti dia akan berubah. Atau pun lebih teruk, isteri akan buatkan semuanya. Alasannya, isteri sayangkan kita maka isteri akan sanggup buatkan semuanya.
Tidak semudah itu. Isteri kita tetap manusia kan. Ibu kita yang sangaaaaat sayangkan kita pun komplen kalau kita silap itu silap ini. Apatah lagi si isteri. Sama-sama bantulah.
Mungkin ada yang menggunakan alasan "Ada 10 orang yang tinggal di rumah bujang saya. Ramai. Tak boleh nak nampak kemas." Not exactly. Ramai atau tak ramai, takkan jadi isu jika semua orang bertanggungjawab. Kalau ramai tak ramai jadi isu, dah nikah nanti tak perlulah tambah ahli keluarga (ie anak) supaya rumah sentiasa kemas? Cuba fikirkan.
Perubahan ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Bukan hari ini selesai akad nikah, maka sekaligus kita jadi suami yang bertanggungjawab dan pandai menguruskan segalanya. Tidak! Tidak sama sekali.
Cuba buat sikit-sikit. Usahakan perlahan-lahan. BERMULA SEKARANG SEMASA BUJANG.
Leceh kan nak buat semua ni? Tak apa. Dapat pahala! Niat nak improve dah dapat pahala. Usaha nak improve dapat pahala. Buat improvement lagilah dapat pahala.
Allahu a'lam.
---
Foto: Keluarga kecil kami 31/08/2014 @Adelaide Zoo.
It was valuable to participate in the Charity Walk "Walk With Me" di Adelaide Botanic Garden yang memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan untuk menjaga orang istimewa (disabled dan orang kurang upaya). Masa join Walk ini, sungguh rasa betapa bersyukurnya kita dilahirkan tidak cacat.
Walk diakhiri dengan aktiviti jalan-jalan di Adelaide Zoo. Free entry kepada semua peserta Walk yang memakai 'band' oren dan kuning di tangan. The kids had fun. And for us the parents, rasa bahagia melihat anak-anak bahagia. Adik I Yusra baru kebah demam panas, masih ada rashes di badan dan muka menyebabkan nampak merah hitam seluruhnya. Kakak S Tasneem masih selesema. Tetapi cuaca yang cerah dan warm memberikan peluang untuk bersiar-siar. Kakak was soooo excited tengok panda, lions, tigers, monkey including siamang, meerkat, kangaroo, crocodiles dan pelbagai lagi.
Sebagai seorang ayah, I learn to confirm today that kids love animals soooo much.
---Uploaded 03/09/2014---

artikel asal : FB