30 Okt 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Meminta kepada ALLAH swt ;

CERITA PILIHAN (11) MALAM INI ( 29/10/2014/RABU )

(Satu lagi kisah meminta (hanya ) kepada Allah )

******************************

Assalamualaikum ustaz. Sy ingin kongsi kisah hidup sy buat tatapan warga MMR, semoga bermanfaat.

Kisah ini bermula selepas beberapa minggu sy berumahtangga iaitu hampir 4tahun yg lalu. Kebahgiaan yg dikecapi sbg pengantin baru direnggut apabila disahkan menghidap kanser tahap 4. Sungguh saat itu dunia ini gelap gelita, luruh air mata xmampu berkata apa2.

Dipendpendekkan cerita, sy dan suami menerima ujian itu dgn redha. Suami menjaga sy dgn begitu sempurna, semua wang simpanannya habis dibelanjakan untuk membiyai kos rawatan sy.

Hanya yg tinggal sebiji kereta yg hampir dijual utk mencukupkan dana. Suami xbekerja sepanjang tempoh menjaga sy. Kami menumpang di rumah ibu bapa suami. Alhamdulillah ibu bapa sy dan mertua juga turut membantu dr segi kewangan. Sepanjang tempoh diuji, kami kembali kpd Allah mengharapkan ehsan dan kasih sayangNya. Maha Pengasih Allah itu

Dia beri sy peluang hamil walaupun sy menghidap kanser ovari dan kemungkinan utk hamil hanya 1:10,000. Subhanallah!

Dgn begitu besar nikmat yg Allah beri keinginan utk sembuh menggunung tinggi, xsanggup membayangkan zuriat yg bakal lahir tidak merasa kasih seorang ibu. Sedaya upaya sy laksanakan solat sunat taubat dan solat sunat tahajjud meminta Allah sembuhkan penyakit yg sy deritai.

Bibir ini dibasahi dgn zikrullah dan membaca Al-Quran setiap hari.

Kehidupan kami suami isteri hanya menumpang kasih ibu bapa suami. Kami tiada pekerjaan, tiada wang simpanan, tiada pendapatan dan xmempunyai wang saku utk perbelanjaan harian. Jika ada sedikit wang pemberian org, kami beri kpd yg lebih memerlukan. Tapi Allah permudahkan urusan, walau susah tidak pula terasa begitu sukar.

Syukur Alhamdulillah akhirnya sy sembuh dan selamat melahirkan. Tetapi ia tidak berakhir di situ apabila bapa mertua pula disahkan menghidap kanser. Suami menjaga ayahnya dgn sabar sama seperti dia menjaga sy. Suami seorang ank yg taat dan begitu menghormati org tua. Akhirnya dgn berkat usaha, doa dan tawakkal, bapa mertua juga sembuh dgn izinNya.

Setelah melalui segala kesulitan dan kepayahan hidup, kami tidak menganggap ujian itu sebagai musibah bahkan ia adalah hadiah termahal yg Allah kurniakan kpd kami suami isteri.

3tahun hidup menumpang di rumah mertua, kami akhirnya bakal memiliki kediaman sendiri yg dihadiahkan oleh insan yg berhati mulia. Kehidupan kami bertambah baik, rezeki pula tidak pernah putus.

Rumahtangga kami bertambah seri dgn kehadiran dua orang putera kurniaan Illahi. Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar..

Kesimpulannya, bersabarlah dgn ujian yg Allah turunkan dan hadapi ia dgn tenang. Lihat ujian itu sbg hadiah pasti hati akan lebih terbuka menerimanya.

Berbaktilah kepada org tua nescaya hidup akan bahagia. Rezeki bukanlah berbentuk wang semata2, sihat juga rezeki, gunakan nikmat sihat sebaiknya.

Rezeki itu tidak semestinya hadir melalui usaha kita, kadangkala Allah turunkannya melalui insan lain. Krn itu jgn harapkan balasan apabila kita berbuat baik kpd manusia tetapi mohonlah dari Allah krn Allah Maha Kaya, tiada apa yg mustahil di sisi Allah.

Wallahualam..

*************************************


sumber asal: BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT