SURAH ALMULK
anas melaporkan bahawa Rasulullah saw berkata:" ada orang yang meninggal dunia dan dia tidak pernah membaca alquran selain surah TABARAKA. Setelah diletakkan dalam kubur, malaikat datang kepadanya. Surah itu menjadi marah maka malaikat mengatakan kepadanya. " kamu adalah salah satu bahagian daripada kitab ALLAH dan saya tidak mahu menyakitimu, sedang saya sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat atau mudarat kepada kamu, kepadanya, bahkan kepada diriku. Apabila kamu mahu dia tidak diseksa,pergilah mengadap ALLAH swt dan mohonlah syafaat untuknya.'
Maka dia pun pergi mengadap ALLAH swt dan berkata " wahai tuhanku, antara surah dalam kitabmu si fulan sengaja memilih aku; dia mempelajari dan membacaku. Apakah setelah itu Engkau membakarnya dengan api dan menyeksanya, sedangkan aku berada dalam tubuhnya? Sekiranya Engkau benar-benar melakukannya maka hapuskan aku daripada kitabMu."
ALLAH swt berfirman"Aku lihat kamu benar-benar marah"
Surah tabaraka menjawab." aku berhak berasa marah".
Maka ALLAH berkata" pergilah , dia sudah Kuberikan kepadamu dan Aku memberi izin kepadamu bagi memberi syaafaat kepadanya."
Lalu dia datang semula ke kubur dan malaikat tidak berani lagi menengking. Malaikat keluar dengan wajah lesu. Surah Tabaraka datang lalu meletakkan mulutnya ke mulut orang itu seraya berkata,
" selamat datang mulut ini, dia sering membacaku. Dan selamat datang dada ini, dia sering menghafalku dan selamat datang kedua kaki ini, keduanya sering berdiri dan berjalan keranaku."
Lalu surah itu menemaninya di dalam kubur supaya dia tidak berasa takut sendirian.
Ibnu Asakir mengatakan ," setelah Rasulullah menceritakan hadis ini orang ramai sama ada yang muda atau tua, merdeka atau hamba sahaya, semuanya berlumba-lumba mempelajarinya dan Rasulullah saw menamakannnya sebagai si penyelamat."
Direkod oleh Ibnu Asakir dalam Tarikhnya dengan sanad yang lemah
-Buku "rahsia alam kematian dan alam barzakh" karya Dr Hj Johari
#cintaikehidupan