26 Sep 2014

Rahsia Pintar dan Cergas terbongkar !

Cabaran solat tahajud? Ya, tentunya rasa mengantuk. Maklumlah, solat ini  perlu dilaksanakn pada waktu malam. Waktu yang paling afdal solat tahajud adalah jam 3pagi.

Namun kita sering liat untuk bangun pada waktu itu kerana bimbang tidak cukup tidur. Berapa jamkah sebenarnya jumlah  tidur yang dikatakan cukup itu? Apakah lapan atau enam jam? Kajian oleh Dr. Ray Meddis, iaitu  seorang profesor di England University of Technology  mengatakan manusia (dewasa) sebenarya cuma perlukan tidur  3jam sahaja. Hal ini  memang sudah lama tercatat dalam al-quran

" sesungguhnya orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir sambil mengambil apa yang diberi oleh tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH " (Adz-Dzariyat 51:15-18)

Dari sei sains perubatan pula, terdapat oksigen khusus yang wujud pada atmosfera bumi pada waktu tahajjud. Hanya manusia yang bangun pada ketika ini dapat menikmati gas tersebut. 

Manakala gerakan solat pada ketika ini bermakna menggerakkan  otot-otot yang disifatkan sebagai senaman. Banyak kajian yang membongkarkan rahsia solat. Antaranya  yag dijalankan oleh Prof  Fatimah Ibrahim  daripada CMIMEMS di UM. Hasilnya telah dibukukan. Beliau memberi hujah bahawa " antara manfaat dan kelebihan  apabila melakukan  sujud dalam solat ialah kedudukan kepala yang berada pada paras terendah. keadaan ini sesuai dengan tarikan graviti yang akan mengakibatkan  lebih banyak darah  mengalir ke otak.Dinding dan urat-urat  nadi otak dapat menerima  lebih banyak darah berbanding keadaan biasa. Otak memerlukan bekalan oksigen  yang dibekalkan melalui darah secara berterusan. Ia akan bertambah sihat dan cergas kerana mendapat bekalan oksigen yang mencukupi."

Maka, kita sudah tahu kunci rahsia ahli ibadah yang kurang tidur tetapi masih pintar dan produktif?
Jangan tunggu lagi. Mulai malam ini setkan minda bangun tahajud pukul 3 pagi. Cabar diri!!!


Nota: petikan catatan ini diambil dari Buku karya Ustazah Rohani ( BERDUA LEBIH BAIK) pada bab yang ke-7.