1 Sep 2014

Amalan membaca alfatihah 41x

Sebenarnya mencintai ALLAH swt sangat indah bukan?
Alhamdulillah dengan izin ALLAH dalam sejam yang lalu saya dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH.

Hamba ALLAH ini telah berkongsi dengan saya mengenai amalan alfatihah 41x.
Maka disini saya juga akan berkongsi dengan sahabat-sahabat (insyaLLAH mahu mulakan malam ini dengan izin ALLAH)

cara-caranya:

1. Bacaan 41x hendaklah dilakukan sebelum subuh. Boleh dijadikan amalan harian untuk mencari keredhaan ALLAH swt
2. Amalan membaca alaftihah sebanyak 41x dengan penuh kusyuk (didalam hati mengingati maksud setiap ayat).
3. Apabila tiba pada maksud "tunjukkan kami kejalan yan lurus " maka niatlah didalam hati apa yang dihajati.
4. Apabila selesai 41x maka disarankan berdoa " Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepadamu dengan kebenaran surah alfatihah dan rahsianya, supaya engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, KurniaanMu dan rezekiMu. Dan engkau mudahkan urusanku, murahkan bagiku rezekiku yang banyak lagi berkat tanpa susah payah, sesungguhnya engkau yang berkuasa keatas sesuatu aku mohon kepadamu dengan kebenaran surah alfatihah dan rahsianya,,,berikanlah apa yang aku hajati....amin"
(contoh doa)
5. baca puji-pujian sebelum berdoa dan tutup doa dengan selawat kepada  nabi Muhammad S.A.W.


insyaALLAH ALLAH maha mendengar. Dia MAHA mengetahui.


Terima kasih kepada hamba ALLAH tersebut yang berkongsi amalan ini.