Jom ikuti 7 tips untuk memilih suami mengikut nasihat Ustaz Ebit Liew
- Lelaki yang baik mesti solat berjemaah di masjid. InsyaAllah jika solat 5 waktu di masjid pasti mereka bermasyarakat dan amalan mereka bertambah baik kerana mereka akan ditegur jika salah. Terselamat dari ajaran yang salah.
- Kedua mereka daie pendakwah. Suka berdakwah...sayang umat. Kerana ramai di kalangan orang yang belajar agama sekali pun jika tak buat dakwah mereka pandai menghukum, marah, perang tapi mereka tidak mengasihi umat...sedangkan Cinta, sayang, pujuk rayu, menangis, adalah asas dakwah Nabi saw sepanjang hidup Nabi saw.
- Ketiga jika di pasaraya. Dia tolong tekan lif jika nampak orang tua atau keluarga bawa anak kecil semasa masuk dan keluar lif. Dia faham susah nak bawa anak-anak keluar lif..laju menolong orang.
- Keempat dia sayang orang tua dan hormat ulama...jalan belakang orang tua yang lambat mereka tak marah..jumpa ulama mereka beri salam dan bersalaman..
- Kelima mereka tidak cepat marah jika dengar baby menangis..(Hadis maksudnya bukanlah dari kalangan umatku yang tidak mengasihi kanak-kanak, menghormati orang tua dan memuliakan ulama.)
- Keenam semasa ada anjing kejar atau ada orang jahat bukan mereka hilang dulu. Dia lupakan semua orang..
- Ketujuh rajin berusaha bekerja dan suka menolong keluarganya terutama ibubapanya...dan pandai hormat mak ayah kita. Jika tak silap oranglah tu..kerana esok kita ada anak...jika anak perempuan mereka ikut suami dan tidak hormat orang tua....
Semoga kita mendapat pasangan yang terbaik yang membawa kita ke syurga ALLAH. Amin.
catatan asal dari FB Ustaz Ebit Lew