25 Ogo 2014

Syoknyer buat experiment!

siri experiment bermula semalam 24.8.14.

Semalam saya dah mula buat experiment. saya buat wet ecth untuk Fiber.
Dah lama sangat tinggal dunia chemistry.

Asid yang digunakan adalah HCL yang kepekatan 49%.
Berkobar-kobar nak buat experiment. Dalam masa yang sama nervous sebab dah lama tidak menggunakan chemical .
....................................................................................................................................
Maka pagi semalam dalam sejarah, siapkan sampel dan alatan untuk buat ecthing proses.
Petang lepas solat zohor semua baru mula buat ecth.

Masuk sahaja ke lab, baca procedur safety.
Kene pakai safetybot, google, facemusk dll.

......................................................................................................................................
Menggigil curah asid ke dalam bikar. Tengok asid berasap. Dah lama tidak menggunakan bikar dan peralatan yang melibatkan kimia. Terkenang kali terakhir menggunakan semasa zaman 2001/2002 ketika menjalani forecast UTM. 12 tahun lepas.

Dalam hati, doa, ya ALLAH mudahkan proses ini.
Dalam berhati-hati tetiba asid tertumpah. Cuak seketika (banyak jugaklah 40ml)

Teringat kalau asid, tuang air sahaja. Maka dengan cepatnya bukak paip dan simbah air.
Kemudian ambil kain tuala good morning labkan.

Alhamdulillah, sebab pakai safety coat, glove, facemusk, kalau tidak mungkin terkena tangan.
Maka dalam pukul 4.20pm siap semua sampel melalui wet etch.

Bila dah siap, rasa hendak senyum sahaja melihat sampel. Alhamdulillah.
Hari ini baru mula untuk testing sampel.

Ya ALLAH mudahkan urusan kami. Ya ALLAH bantu kami dalam setiap urusan.
Jagan biarkan kami walaupun sedetik tanpa aturanMu yaALLAH.