Dari pemerhatian saya semasa di kg (daerah dikelantan), walaupun hanya membeli di kedai runcit tetap penjual tersebut akan berkata " Mak cik jual ni deh dengan harga tu" dan saya sebagai pembeli " saya beli dengan harga tu". Maka selesai ijab dan qabul.
saya diberi ilham pagi ini untuk melaksanakan akad jual beli dalam setiap pages yang saya jalankan perniagaan online. saya ingatkan diri saya mulai hari ini " Redha ALLAH swt lagi mustahak dari segalanya" dan saya akan melaksanakan akad jual beli tersebut. InsyaALLAH.
Ya ALLAH limpahi kami dengan rezeki yang melimpah ruah yang halal dan suci. Amin.
Untuk maklumat lanjut, sahabat-sahabat boleh baca tentang akad jual beli dibawah yang saya copy dan paste dari sebuah website.
Nota: copy paste akad jual beli
Definisi Akad
1. menurut bahasa akad bererti ikatan ( al-Firuzabadi 1987. Al-Qamus al-Muhit Beirut : Muassasah al-Risalah). Di kalangan fuqaha, akad biasanya diertikan sebagai ikatan secara maknawi seperti ikatan antara perkataan dua pihak.
2. Akad ialah pertalian ijab ( ungkapan tawaran di satu pihak yang mengadakan kontrak) dengan qabul (ungakapan penerimaan oleh pihak lain) yang memberikan pengaruh pada sesuatu kontrak. Pertalian ijab dan qabul ini mengikat kedua belah pihak yag saling bersepakatan iaitu masing-masing pihak yang terlibat dalam akad terikat untuk melaksanakan kewajipan mereka msing-masing sesuai dengan kesepakatan yang dipersetujui bersama.
3. Di dalam akad, terma dan syaratnya sudah ditetapkan secara terperinci. Jika salah seorang atau keduanya yang terikat dengan akad tersebut melakukan satu perlanggaran dan tidak dapat memenuhi kehendak terma dan syarat maka yang melanggar terma dan syarat akan menerima apa yang telah disepakati di dalam akad.
Jenis Akad
1. Akad dalam fiqh muamalah terbehagi kepada 2 bahagian, iaitu akad tabarru' dan akad tijarah. Akad tabarru' ialah semua jenis perjanjian yang berkaitan dengan transaksi yang tidak mengejar keuntungan (non profit transaction). Contoh akad tabrru' adalah seperti qard, wadiah, wakalah, rahn, hibah dan sebagainya.
2. Akad tijarah pula adalah segala jenis perjanjian yang bersangkutan dengan transaksi yang mendatangkan keuntungan (profit orientation). Akad ini dilakukan dengan tujuan mencari keuntungan kerana ia bersifat komersial. Contoh dari akad tijarah adalah akad dari hasil berupa mudharabah, musyawarah, begitu juga akad jual beli berupa murabahah,salam dan sebagainya, begitu juga dengan akad sewa menyewa berupa ijarah, ijarah muntahinah bi al-Tamlik dan sebagainya.
Rukun Akad
1. Terdapat 3 rukun akad iaitu :
a) Terdapat twaran dan penerimaan
b) Subjek akad
c) Pihak2 yang berakad
Akad Jual beli
1. Dari segi bahasa, jual beli ertinya menukar sesuatu dengan sesuatu sama ada ia harta atau bukan. Manakala dari segi takrifan fuqaha, akad jual beli bermaksud; akad yang bertujuan menukar harta dengan harta mengikut cara-cara tertentu ( Mustafa Khin & Mustafa Bugho 2003. Al-Fiqhu al-Manhaji. Beirut: Dar al-Syamiah)
2. Rukun jual beli ada tiga :
a) Panjual dan pembeli
b) Sighah (Ijab & Qabul)
c) Harga barang dan barang
Penjual Dan Pembeli
1. Penjual dan pembeli disyaratkan berakal dan baligh. Jual beli tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau tidak waraas.
2. Demikian juga, jual beliyang dilakukan oleh kanak-kanak yangbelum baligh tidak sah kecuali benda-benda yang nilainya sangat kecil atau berlakunya jual beli itu dalam pengetahuan ibu bapanya atau orang dewasa.
Ijab Dan Qabul
1. Penjual dan pembeli wajib melakukan akad persetujuan untuk bertukar dalam jual beli. Akad itu seperti : Aku jual barang ini kepada awak dengan harga RM 1000, lalu pembeli menjawab, "Aku terima". Ucapan dari penjual itu dinamakan ijab, sementara dari pembeli dinamakan qabul.
2. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa akad itu wajib dengan lafaz yang diucapkan, kecuali bila barang yang diniagakan itu termasuk barang yang rendah nilainya. Namun ulamak lain membolehkan akad jual dengan sistem mu'athaah, iaitu persetujuan antara penjual dan pembeli mlakukan transaksi tanpa berlafaz.
Barang Dan Harga
1. Rukun yang ketiga ialah wujudnya barang yang diniagakan dan juga harganya. Para ulamak menetapkan bahawa barang yang dijual beli itu harus memenuhi syarat tertentu agar membolehkan akad jual beli dilaksanakan;
a) Barang yang hendak dijual beli mestilah suci.
b) Barang yang hendak dijual beli mestilah mempunyai manfaat.
c) Barang yang hendak dijual beli mestilah dimiliki oleh penjual.
d) Barang yang hendak dijual beli mestilah diketahui keadaannya.
e) Barang yang hendak dijual beli mestilah dapat diserahkan kepada pembeli.
2. Imam syafie menyatakan bahawa, ALlah menghalalkan jual beli atas perkara;
a) Setiap jual beli yang saling redha meredhai di antara satu dengan yang lain ( penjual dan pembeli)
b) Proses pengaharusan jualbeli itu berlaku sebagai mana tidak terdapat cegahan daripada Rasulallah s.a.w yang berperanan menjelaskan maksud dan makna ayat al-Quran yang deikehendaki ALlah dalam menghalalkan sesuatu dan menghadamkan sesuatu.
Kesimpulan
1. Dari apa yang dijelaskan bahawa akad merupakan satu daripada syarat yang perlu dalam muamalah Islam kerana dengan akad ini ia membezakan antara yang hak dan yang bathil. Melalui akad juga dapat menentukan sama ada sesuatu transaksi itu diterima oleh kedua pihak atau sebaliknya serta redha meredhai antara satu sama lain. Seterusnya keadaan ini akan memerikan jaminan dan keselesaan kepada kedua belah pihak antara yang ,engakad dan yang qabul (menerima akad). Namun begitu apa yang lebih uatama adalah mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t Amin.