1 Sep 2014

Amalan membaca alfatihah 41x

Sebenarnya mencintai ALLAH swt sangat indah bukan?
Alhamdulillah dengan izin ALLAH dalam sejam yang lalu saya dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH.

Hamba ALLAH ini telah berkongsi dengan saya mengenai amalan alfatihah 41x.
Maka disini saya juga akan berkongsi dengan sahabat-sahabat (insyaLLAH mahu mulakan malam ini dengan izin ALLAH)

cara-caranya:

1. Bacaan 41x hendaklah dilakukan sebelum subuh. Boleh dijadikan amalan harian untuk mencari keredhaan ALLAH swt
2. Amalan membaca alaftihah sebanyak 41x dengan penuh kusyuk (didalam hati mengingati maksud setiap ayat).
3. Apabila tiba pada maksud "tunjukkan kami kejalan yan lurus " maka niatlah didalam hati apa yang dihajati.
4. Apabila selesai 41x maka disarankan berdoa " Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepadamu dengan kebenaran surah alfatihah dan rahsianya, supaya engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, KurniaanMu dan rezekiMu. Dan engkau mudahkan urusanku, murahkan bagiku rezekiku yang banyak lagi berkat tanpa susah payah, sesungguhnya engkau yang berkuasa keatas sesuatu aku mohon kepadamu dengan kebenaran surah alfatihah dan rahsianya,,,berikanlah apa yang aku hajati....amin"
(contoh doa)
5. baca puji-pujian sebelum berdoa dan tutup doa dengan selawat kepada  nabi Muhammad S.A.W.


insyaALLAH ALLAH maha mendengar. Dia MAHA mengetahui.


Terima kasih kepada hamba ALLAH tersebut yang berkongsi amalan ini. 




27 Ogo 2014

Tudung solat

Tudung solat (sesuai untuk ibadat haji / umrah /diguna seharian)

Tudung yang selesa, dijahit kemas.
Harga RM39.

sms 0137204858  atau boleh pm ke page TUDUNG SOLAT

Terima Kasih Kak Lah yang menjadi model tudung ini.
Terima KAsih ALLAH.

25 Ogo 2014

Syoknyer buat experiment!

siri experiment bermula semalam 24.8.14.

Semalam saya dah mula buat experiment. saya buat wet ecth untuk Fiber.
Dah lama sangat tinggal dunia chemistry.

Asid yang digunakan adalah HCL yang kepekatan 49%.
Berkobar-kobar nak buat experiment. Dalam masa yang sama nervous sebab dah lama tidak menggunakan chemical .
....................................................................................................................................
Maka pagi semalam dalam sejarah, siapkan sampel dan alatan untuk buat ecthing proses.
Petang lepas solat zohor semua baru mula buat ecth.

Masuk sahaja ke lab, baca procedur safety.
Kene pakai safetybot, google, facemusk dll.

......................................................................................................................................
Menggigil curah asid ke dalam bikar. Tengok asid berasap. Dah lama tidak menggunakan bikar dan peralatan yang melibatkan kimia. Terkenang kali terakhir menggunakan semasa zaman 2001/2002 ketika menjalani forecast UTM. 12 tahun lepas.

Dalam hati, doa, ya ALLAH mudahkan proses ini.
Dalam berhati-hati tetiba asid tertumpah. Cuak seketika (banyak jugaklah 40ml)

Teringat kalau asid, tuang air sahaja. Maka dengan cepatnya bukak paip dan simbah air.
Kemudian ambil kain tuala good morning labkan.

Alhamdulillah, sebab pakai safety coat, glove, facemusk, kalau tidak mungkin terkena tangan.
Maka dalam pukul 4.20pm siap semua sampel melalui wet etch.

Bila dah siap, rasa hendak senyum sahaja melihat sampel. Alhamdulillah.
Hari ini baru mula untuk testing sampel.

Ya ALLAH mudahkan urusan kami. Ya ALLAH bantu kami dalam setiap urusan.
Jagan biarkan kami walaupun sedetik tanpa aturanMu yaALLAH.



Rezeki daripada HP siri 1

Percaya atau tidak rezeki semua daripada ALLAH swt.
Kalau ALLAH swt tidak izin, rm0.10 pun bukan jadi milik kita.

Saya nak kongsi tentang simkad Toneexcell, simkad ni bukan sahaja kita guna, tapi boleh dapat sumber pendapatan yang pasif.

saya ini mempunyai masa yang agak terhad. Setakat 3bulan bersama toneexcel baru 2org yg sign up bawah saya. Itu pun kedua-duanya tidak aktif mencari prospek. namun hasil pasif sudah RMXXX pagi ini.

Alhamdulillah. saya dengan rendah hati mengajak sahabat-sahabat untuk bertukar kepada toneexcel ni.
Sambil guna hp sambil jana income pasif.

Bagi yang mahu register atau maklumat lanjut boleh whatsap saya 0137204858.
Untuk maklumat lanjut boleh bukak page saya rezeki melalui HP.

saya tidak boleh bayang income sahabat-sahabat yang dapat menaja ramai orang.
Jom rebut peluang ni. Modal RM60 sahaja.