اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ebook Lubuk Buat Duit Online (LBDO) adalah dihasilkan untuk membantu orang awam menghasilkan pendapatan pasif melalui online secara patuh syariah.
Sinopsis EBOOK ini;
Umumnya ebook ini dibahagikan
kepada 7 bab. Objektif ebook ini ialah untuk memberi pendedahan kepada orang
awam yang mahu menjana pendapatan pasif tanpa modal dengan cara yang patuh
syariah serta tidak terlibat dengan money game. Di dalam bab yang pertama di terangkan secara
ringkas 5 kaedah buat duit di internet iaitu melalui produk sendiri, servis,
blog, dropship dan affiliate. Setiap kaedah dijelaskan kebaikkan dan kelemahan
kepada mereka yang NEWBIE.
Namun, ebook ini lebih fokus kepada
sistem affiliate. Di dalam bab kedua diterangkan dengan jelas sistem affiliate
dan kebaikkannya kepada NEWBIE. Di dalam bab ini juga, diterangkan 3 jenis
tawaran yang biasa digunakan bagi sistem affiliate iaitu pay per sales, pay per lead
dan pay per view. Ketiga-tiga tawaran
ini dibincangkan dari segi manfaat dan kelebihannya.
Di dalam bab yang ketiga, penulis
menerangkan tentang produk affiliate yang terdapat di pasaran tempatan dan
antarabangsa. Terdapat pelbagai produk affiliate sama ada fizikal mahupun
digital dijelaskan dalam bab ini. Di mana, 7 lokasi berserta alamat laman web
telah dibincangkan dimana NEWBIE boleh mula mendaftar, memilih produk affiliate
dan memulakan sebagai agen affiliate.
Manakala bab yang keempat tertumpu
kepada proses untuk mendaftar sebagai agen affiliate. Proses ini dijelaskan
dengan tutorial mudah untuk mendaftar sebagai agen affiliate dengan menggunakan
contoh laman web ashadee.com.
Pada bahagian bab yang ke-5 pula,
penulis telah kongsikan 5 kaedah untuk melalkukan promosi link affiliate secara
percuma iaitu melalui medium Facebook, Blog, Forum, Google dan emel. Di sini,
penulis hanya tekankan kaedah tanpa modal sahaja atau percuma.
Seterusnya pada bab ke-6, penulis
telah kongsikan senarai semak sekiranya NEWBIE mahu menjana pendapatan pasif
tanpa modal melalui affiliate. Hal ini untuk memastikan para NEWBIE boleh mula
menjana pendapatan pasif melalui affiliate dengan mudah dan berkesan.
Akhirnya, bab terakhir adalah penutup bagi ebook ini.
Penulis berharap ebook ini memberi manfaat terutamanya kepada NEWBIE yang mahu
menjana pendapatan pasif tanpa modal melalui dalam talian dan patuh syariah.
p/s: Penulis berhajat untuk menyebar 2132pcs secara PERCUMA. Sekiranya ada pembaca yang mahu boleh terus emel kepada maisarahawang84@gmail.com. Atau pm ke page www.facebook.com/RezekiLBDO .
Maisarah awang
Penulis Ebook LBDO