19 Jan 2015

FORMULA REZEKI MASUK TAK HENTI-HENTI

BismilahirRahmanirRahim

Rata-rata kehidupan manusia bangun pagi-pagi dah mula tugas untuk cari REZEKI kan?
Tapi adakah yang sudah tahu FORMULA REZEKI?

ya benar, 
ada yang pergi bekerja 
ada yang berniaga
ada yang ke sekolah ke kelas
ada yang mula tawarkan servis
ada yang mula menulis buku, ebook 
ada yang hasilkan video tutorial
ada yang ke tapak binaan
ada yang melukis peta
ada yang mencari ilham masakan
ada yang berfikir mahu mencebur diri dalam niaga
ada yang mula buat training dan consultancy
dan lain-lainkan.....

Ini tidak lain tidak bukan untuk jemput rezekiNya.
ya benar REZEKI itu daripadaNya
ya benar kita perlu berusaha untuk dapatkan REZEKI
tapi kadang-kadang tanpa kita buat apa-apa kita dapat REZEKI ada tak?
sebab REZEKI itu daripadaNya. Sebab DIA segalaNya. Bukan sebab lain.

Choppp, rezeki bukan sahaja wang, ilmu yang baik, anak-anak yang baik, keluarga yang baik, kawan-kawan yang baik, sahabat maya yang baik, masa yang bermanfaat juga, dan SEMUA perkara yang memberi manfaat pada kita itulah rezeki. ---> apa yang saya faham, itu konteks rezeki yang sebenar.

Namun, kadang-kadang kita sakit kepala, stress, bagai nak pecah kepala fikir macamana nak jemput rezekiNya. Dah buat macam-macam usaha, namun rezeki belum muncul tiba. Di sinilah cabarannya, cabaran untuk sabar dan merasai kemanisan ujian dengan menerima tarbiah dariNya.

Umpamanya saya dah 2 hari runningkan suatu design tapi masih tak hasilkan datanya. Mulanya bila disemak, designnya ada masalah. Dah diubah, cuba pendekkan runtime tapi masih lagi masalah. Rezeki untuk memahami sesuatu perlakuan juga darinya walaupun bekerja dengan software namun hakikatnya KEFAHAMAN adalah dariNya. Sehingga kini masih cuba runkan design tersebut. Harap kejap lagi ada ilham sebagai solusinya.

Ok satu soalan saya tanya, mahu tak sahabat-sahabat belajar FORMULA REZEKI?
Nak selesaikan soalan matematik pun ada formula, untuk jemput rezeki juga ada formula REZEKI wink emoticon wink emoticon

ada satu kisah yang ustaz ebit cerita semasa ceramahnnya
"Ketika Nabi Musa a.s diperintahkan oleh Allah SWT untuk memukul sebiji batu,maka Nabi Musa pun memukul batu tersebut lapisan demi lapisan sehingga ke lapisan yang ke tujuh.Pada lapisan yang ketujuh itu Nabi Musa a.s menemui seekor ulat ada di dalam batu tersebut dan bersama dengan ulat itu adalah sehelai daun yang segar.Sambil itu,Nabi Musa a.s mendengar ulat itu bertasbih," Subhanna man yarani, wa yasma’u kalami, wa ya’rifu maqami, wa yarzuquni, wa la yansani" maksud tasbih "Aku yakin Allah Maha Melihat,Allah Maha Mengetahui di mana aku berada,Dia yang memberi rezeki kepada aku,Dia tidak pernah lupa pada aku." Lantas siapakah yang meletakkan daun yang segar itu bagi makanan ulat yang duduknya di dalam batu yang berlapis tujuh?
kesimpulannya " Rezeki ALLAH luas dan tidak terjangkau diakal kita dan DIA maha mengetahui.

OK, siapa yang mahu FORMULA REZEKI, sila komen  ke link ini -http://bit.ly/FormulaRezekiBest

p/s : Formula ini sesuai bagi mereka yang mahu menjemput rezekiNya dalam semua segi sama ada kerjaya, emosi, kecukupan wang, keluruhan rohani, bebas daripada sifat malas, dengki, dan yang paling utama formula ini akan menghasilkan sesuatu impak dalam kehidupan seharian terutama dalam aspek REZEKI.