Assalamualaikum semua
Ayah sudah diusia emas,anaknya pun sudah masuk 3siri yang paling kecil.
Dulu kelibatnya gerun hendak bersemuka.
Dari jauh pun kalau boleh tidak mahu bersua.
Kalau ponteng solat atau lambat solat pasti dirotan.
Soalan yang sering diajukan "dah sembahyang belum?"
Masa kecil memang sentiasa mengelat, dengar sahaja ayah balik terus pergi solat sebab takut.
Lagi masa remaja pula suka tengok tv masa magrib, biasa tunggu sahaja ayah pergi masjid baru ON tv.
Waktu malam pula, tidak boleh tengok TV sehingga lewat malam tapi biasanya gunakan teknik nenek untuk memancing tengok tv.
Paling perlahan volume takut ayah tahu belum tidur.
Kini baru mengerti kasih seorang ayah.
Dia tidak lagi garang malah boleh bersembang.
Walaupun anaknya sudah dewasa masih lagi soalan yang sama "dah sembahyang belum?".
Itulah soalan yang sering diajukan.
Kini wajahnya sudah nampak dimamah usia, badan tidak lagi kuat.
Tapi tiap kali ada sesuatu yang besar akan diberitahu "ayah, saya ada interview lusa?contohnya.
Biasa jawapannya, nanti ayah buat solat hajat.
Bila ada masalah, ayah doakan boleh tak?
Tetiba teringat pesanan SV "mintalah ayah doakan, doa ayah makbul". Dia cerita lagi, suaminya pernah ada masalah tetapi orang lelaki biasanya susah hendak cerita. Dipendekkan cerita, dia jumpa ayah mertuanya, ayah tolong doakan abang? Selepas itu, ALLAH swt memberi bantuan kepada masalah suaminya dan baru dia memberitahu suaminya, sebenarnya saya ada minta ayah doakan awak tempoh hari.
Ibu dan ayah memang tiada ganti.
Kasih mereka hingga ke syurga.
Bersyukurnya kita ayah ibu kita muslim yang mana hubungan hingga ke syurga.
Ayah, semoga usiamu panjang.
Ayah, semoga ALLAH membalas setiap keringatmu membesarkan anak-anak.
Ayah, semoga dirahmatiNya dunia dan akhirat.
Ayah, semoga sihat.
Ayah, semoga segalanya terbaik untukmu.
Ayah, maafkan anakmu yang banyak membuat silap kepadamu. Ayah doakan kami, doakan kami ,doakan kami.
Kami mohon keampunanMu ya ALLAH.