20 Jan 2014

seorang lelaki yang bergelar AYAH

Assalamualaikum semua Ayah sudah diusia emas,anaknya pun sudah masuk 3siri yang paling kecil. 
Dulu kelibatnya gerun hendak bersemuka. 
Dari jauh pun kalau boleh tidak mahu bersua. 
Kalau ponteng solat atau lambat solat pasti dirotan. 
Soalan yang sering diajukan "dah sembahyang belum?" 

Masa kecil memang sentiasa mengelat, dengar sahaja ayah balik terus pergi solat sebab takut. 
Lagi masa remaja pula suka tengok tv masa magrib, biasa tunggu sahaja ayah pergi masjid baru ON tv. Waktu malam pula, tidak boleh tengok TV sehingga lewat malam tapi biasanya gunakan teknik nenek untuk memancing tengok tv. 
Paling perlahan volume takut ayah tahu belum tidur. 

Kini baru mengerti kasih seorang ayah. 
Dia tidak lagi garang malah boleh bersembang. 
Walaupun anaknya sudah dewasa masih lagi soalan yang sama "dah sembahyang belum?". 
Itulah soalan yang sering diajukan. 

Kini wajahnya sudah nampak dimamah usia, badan tidak lagi kuat.
Tapi tiap kali ada sesuatu yang besar akan diberitahu "ayah, saya ada interview lusa?contohnya. 
Biasa jawapannya, nanti ayah buat solat hajat. 
Bila ada masalah, ayah doakan boleh tak? 

Tetiba teringat pesanan SV "mintalah ayah doakan, doa ayah makbul". Dia cerita lagi, suaminya pernah ada masalah tetapi orang lelaki biasanya susah hendak cerita. Dipendekkan cerita, dia jumpa ayah mertuanya, ayah tolong doakan abang? Selepas itu, ALLAH swt memberi bantuan kepada masalah suaminya dan baru dia memberitahu suaminya, sebenarnya saya ada minta ayah doakan awak tempoh hari. 

Ibu dan ayah memang tiada ganti. 
Kasih mereka hingga ke syurga. 
Bersyukurnya kita ayah ibu kita muslim yang mana hubungan hingga ke syurga. 

Ayah, semoga usiamu panjang. 
Ayah, semoga ALLAH membalas setiap keringatmu membesarkan anak-anak. 
Ayah, semoga dirahmatiNya dunia dan akhirat. 
Ayah, semoga sihat. Ayah, semoga segalanya terbaik untukmu. 
Ayah, maafkan anakmu yang banyak membuat silap kepadamu. Ayah doakan kami, doakan kami ,doakan kami. 

Kami mohon keampunanMu ya ALLAH.

14 Jan 2014

Kejutan ALLAH swt di malam hari

Assalamualaikum semua

Apa itu kejutan ALLAH swt di waktu malam? Kadang-kadang kita pasang niat  hendak bangun pukul 4.am tetapi pukul 3.am sudah tersedar. Itu lah tanda kasih dan sayang ALLAH swt kepada kita.

Tahukah sahabat-sahabat "doa mustajab adalah doa 1/3 malam "

Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

Tapi ALLAH sahaja yang tahu susahnya hendak bangunkan? Alhamdulillah, pada 5tahun lepas tersedar sahaja tengah malam mesti doa. Doa pada masa itu adalah dikurniakan seorang imam kepada diri ini. Saban hari berdoa dan berdoa walaupun on off bangun tahajud.

Namun setelah kembali dari menziarahi rumahMu dan Masjid RasulMu, yang dulu hanya on off sudah semakin consistent. Alhamdulillah syukur. Ketika inilah baru memahami betapa manisnya ibadat pada waktu sunyi dan sepi.

Ya ALLAH mudahkan kami untuk beribadat kepadaMu semata-mata keranaMU.

Ya ALLAH mudahkan kami untuk bangun bertahajud kepadaMu.

Ikuti kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibawah:


Jom sama-sama kita pasang niat sebelum tidur supaya mudah untuk bangun tahajud. Jom upgrade ibadat.

Maafkan salah silap saya. Kami mohon keampunanMu ya ALLAH swt.

12 rabiulawal 1435

Alhamdulillah syukur...hari ini 12rabiulawal 1435 hijrah.
Sempena hari yang mulia ini, saya ingin mengariskan beberapa panduan yang saya mahu lakukan perubahan besar:
1. solat tepat pada waktuNya
2. baca quran setiap hari
3. melakukan solat sunat mengiringi solat fardu
4. melakukan solat sunat dhuha dan tahajud
5. melakukan amalan sedekah
6. membantu  orang lain
7. puasa isnin dan khamis
8. mengahadiri kuliah agama
9. upgrade bacaan tajwid alquran
10. tidak tidur selepas subuh terutama hari cuti.

Setakat ini insyaALLAH hijrah ini berterusan tetapi yang no.10 itu yang paling sukar dilaksanakan.
Bila hari cuti sahaja, mula minda set mahu berehat. Besar sungguh kuasa minda.

Semoga saya istiqamah. Mohon kepadaMu ya ALLAH bantulah kami kerah yang lebih baik disisiMu.

8 Jan 2014

Niat Berniaga untuk????

Assalamualaikum & selamat petang semua

Semalam menuntut ilmu di ABS online ada yang mengemukakan tujuan kenapa mahu berniaga atau menjadi usahawan?

Adakah kerana duit?
Adakah kerana ingin kebebasan?
Adakah kerana ingin mendapat kepuasan?
Adakah kerana ingin bekerja sendiri?
Dan macam-macam lagi....

Bagi saya yang utama adalah untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bahagiakan kehidupan kita kalau setiap detik kita mengamalkan sunnahnya. Setiap detik insyaALLAH pahala terjana. SubhanaALLAH Alhamdulillah ALLAHhuakbar, selain mengamalkan sunnah kita berkemungkinan mengecapi sebab-sebab yang lain bukankah itu lagi indah?

Banyak rahsia yang terkandung dalam mengamalkan sunnah. InsyaALLAH.
Mulai hari ini kita betulkan niat kita berniaga untuk apa? Jangan lupa tanggungjawab kita pada ummah.
Sama-sama kita jana usahawan akhirat dan meningkatkan ekonomi ummah.

Saya mohon istiqamah dan redha ALLAH.
Kami mohon keampunanMU ya ALLAH. Kami lemah. Kami Jahil. Kami hanya menumpang rahmat dan kasih sayangMu ya ALLAH.



7 Jan 2014

Perlukah banyak like di fbpages?

Assalamualaikum?
Saya tanya pada diri saya yang baru mula niaga online perlukah banyak like?
Saya sendiri menjawab 'YA' anda bagaimana ? Mengapa saya jawab 'YA' sebab saya fikir dengan banyak like insyaALLAH jualan pun akan naik. Inilah dinamakan kesilapan persepsi terhadap butang 'Like'.

Sebentar tadi sahabat atau saya panggil ustaz Mohd Redzuan yang memberikan satu link. Terima Kasih ustaz wan yang sudi kongsi. Saya pula kongsi disini.


Video ini dibuat oleh seseorang yang bernama Tuan Faisal ( Business Online Consultant). Jom kita dengar pandangan beliau.

Apa yang saya dapat ilmu disini " permulaan perniagaan adalah menjaga cash flow"




Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Saya Mohon keampunanMu yaALLAH.

6 Jan 2014

5 Tips Usahawan dari Coach Baharudin


1. Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai 'kegilaan' membuat sesuatu bisnes yang tak berani orang lain buat. 

2. Berniaga jangan macam ayam betina , bertelor sebiji riuhnya sekampung. Belum tenti jadi anak ayam lagi. 

3. Kejayaan masih jauh..

4. Hanya dengan bekerja kuat boleh membuat anda berjaya dari yang lain.

5. Fokus dengan apa yang ada



5 Jan 2014

Kenangan Berniaga Di Pasar Besar Wakaf Bharu

Alhamdulillah...syukur kepadamu ya ALLAH...
Rahmati dan ampunkan dosa kedua ibubapaku ya ALLAH. Merekalah satu-satunya ibu dan bapa saya sehingga diakhirat.

Part kali ini kenangan berniaga bersama arwah mek dan kini baru saya sedar banyak ilmu yang mek guna walaupun dia buta huruf dan tidak menerima pendidikan formal. Kata-katanya " Mek ni kalau sekolah mesti lagi pandai dari anak-anak".

Rutinnya setiap kali cuti semester mesti berada di kedai kain mek di pasar wakaf baru. Dari situ la mulanya ilmu niaga ini diserap. Mula menghafal harga tudung, kain pasang, kain telekung, t-shirt dan banyak lagi. Dan biasanya mesti tanya mek yang ni maksimum berapa kurang sekiranya pelanggan minta kurang? Apa yang dipelajari ialah mesti ada keuntungan yang minima untuk sesuatu barang dan biasanya untuk pelanggan pertama setiap hari pasti ada sedikit keistimewaan seperti memjual dengan keuntungan yang minima kerana itulah permulaan rezeki bagi kami pada hari tersebut. Rutin ini semakin seronok apabila tiba bulan puasa yang mana tidak menang tangan kat kedai. Tetapi disamping keseronokkan berniaga kami tetap tutup kedai pada pukul 4.00ptg.

Kenangan ini yang memberi sedikit ilmu tentang perniagaan. Pernah suatu ketika saya bertanya "Mek kalau adik berhenti belajar meniaga dengan mek sahaja boleh?" dan jawapannya dengan nada marah " Berniaga bila-bila boleh tapi mencari ilmu itu lagi penting dan jangan nak buat perangai belajar sampai habis dulu".

Seronoknya berniaga dengan arwah tapi itulah masa itu masih diumur remaja belum matang. Sekarang baru menilai hasil praktikal niaga bersama arwah memberi banyak kesan dalam kehidupan ini.

Maka keypoint untuk hari ini ialah " Ilmu itu sangat penting dan perlu ada ilmu untuk berniaga". Sekarang saya mula belajar ilmu perniagaan di Ainon Business School (ABS) secara online.

Disini la saya membaca dan mengutip ilmu secara percuma yang disampaikan oleh pn ainon mahupun rakan-rakan lain yang berkongsi ilmu perniagaan. Saya sangat suka dengan tagline ABS. Semoga Pn.Ainon dan semua yang berada di ABS dirahmatinya. Dan saya sangat berterima kasih kepada sahabat saya yang invite saya ke group ABS ini iaitu Tuan Egr. Azrol Jailani. Alhamdulillah syukur. Nikmat yang mana lagi kita mahu dustakan? ALLAH ya ALLAH kami mohon keampunanMu ya ALLAH.

Akhirnya semoga kita sama-sama menjana usahawan akhirat dan mendidik ummah. InsyaALLAH

4 Jan 2014

Seorang yang buta huruf yang berjaya dalam perniagaan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah posting sulung katakan.
Begini cerita saya bermula dengan dunia perniagaan. Sebenarnya dunia ini tidak asing lagi dengan saya sejak mula saya kecil. Arwah mak merupakan peniaga dan idola saya dalam bidang ini. Mohon pembaca yang budiman menyedekahkan al-fatihah untuk ibu saya (minah binti zainab). Saya kagum dengan arwah mak saya yang buta huruf hanya tahu tulisan jawi tapi berjaya dalam perniagaannya. Semua dokumen atau order dalam bahasa jawi. Masih lagi teringat kenangan bersama arwah kadang-kadang saya yang mengambil order pada ketika itu yang masih bersekolah dan menulisnya dalam bahasa rumi. Rutinnya adalah setiap malam selepas isyak saya perlu membaca satu persatu order yang saya terima kepada arwah ibu saya kerana beliau mahu mencatat dalam bukunya berbahasa jawi. Adakalanya saya terlupa update order tetapi mek tidak pernah marah malahan dia memberitahu pelanggan maaf anak saya yang terima order terlupa untuk memberitahu saya. Di sini kita lihat kejujuran dalam etika perniagaan.

Yang kedua saya sangat kagum beliau tangkas mengira tanpa bantuan calculator ternyata hebat bukan?
subhanaALLAH Alhamdulillah ALLAHhuakbar ALLAH memberi keistimewaan kepada hambanya dengan penuh rahmat dan kasih sayang. Arwah sentiasa pesan "dik belajar sungguh-sungguh jangan jadi macam mek buta huruf ". Kata-kata itu masih terkesan sehingga kesaat ini masih lagi rasa seperti baru semalam walaupun hampir 20tahun yang lalu.

Beliau mampu menjana minima 5k sebulan bersih pada ketika itu (1997++) bukan kah itu suatu nilai yang amat besar berbanding sekarang 2014. Rutin arwah mak bermula seawal pukul 3pagi beliau bersiap-siap bersama anak buahnya ke pasar borong di Kota Bharu (bukan wakaf che yeh lagi, saya terlupa nama).
Rutin ini hampir selesai pada tengahari dan beliau akan pulang kerumah. Ayah pula sebagai pemodal yang utama kepada arwah.

Jadi kesimpulan untuk part1 dimana walaupun buta huruf tapi boleh berjaya. Jadi sekiranya kita semua boleh menulis, boleh membaca itu merupakan keistimewaan yang besar ALLAH swt beri kepada kita. Jadi secara asasnya kita boleh berjaya lebih dari itu bukan tetapi haruslah menjaga hak kita kepada pencipta kita..

Alhamdulillah saya mahu berjaya dunia akhirat. Saya mendoakan pembaca pun sama-sama berdoa untuk kita lebih berjaya bukan sahaja dunia tetapi akhirat.

Dibawah saya lampirkan link perniagaan kecil-kecilan saya;

1.https://www.facebook.com/pages/Maisarah-Ratu-Syazreen-Johor/516004005113681
2.https://www.facebook.com/pages/Innerscarf-Best/227528780753862





Selain itu juga saya bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan. Membantu dengan kemampuan yang kita ada.
Boleh sertai saya di sini https://www.facebook.com/projekamalsukarela



Barokallahufi semua. Kami mohon keampunanMu ya ALLAH.